Preview News Penting Buat USD: 08/03/2019

Preview News Penting Buat USD: 08/03/2019

Laporan NFP yang dinanti-nantikan oleh pasaran akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam dengan jangkaan AS sekali lagi akan memaparkan angka pertumbuhan

Check List USD Menjelang NFP Hari Jumaat
Kelembapan Sektor Pembuatan Di Peringkat Global Belum Temui Titik Noktah, Terus Memaparkan Angka Yang Mengecewakan

Laporan NFP yang dinanti-nantikan oleh pasaran akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam dengan jangkaan AS sekali lagi akan memaparkan angka pertumbuhan pekerjaan yang baik.

Bagi angka NFP bulan Februari, Jabatan Pekerjaan dijangka melaporkan penambahan sebanyak 181,000 pekerjaan ke dalam ekonomi, menekan kadar pengangguran ke paras 3.9%

Tanpa melihat apakah bacaan NFP pada malam ini akan lebih baik atau sebaliknya, fokus pasaran tertumpu kepada angka pertumbuhan pendapatan yang mana mula berkembang pada bulan Februari.

Inflasi pendapatan bergerak terlalu perlahan untuk mengejar permintaan pasaran saham yang semakin meningkat yang telah menyebabkan lonjakan kepada harga produk dan perkhidmatan.

Purata pendapatan perjam pada bulan Februari dijangka meningkat daripada 0.1% kepada 0.3% (MoM), dan naik ke paras 3.3% (YoY), sekali gus memberi ruang kepada Fed untuk ‘bersabar’ dalam mengetatkan dasar.

Pada waktu yang sama, pasaran akan mengikuti perkembangan sektor perumahan AS yang mana secara konsisten menunjukkan isyarat aktiviti bergerak semakin perlahan.

Angka Housing Start dijangka meningkat daripada -11.2% kepada 9.9% pada bulan Januari, namun bagi kadar permit pembinaan, indikator yang pengukur permintaan di masa hadapan dijangka susut -2.9%

Pada minggu lalu, Institut Penyelidikan Kitaran Ekonomi (ECRI) di AS berkata ukuran utama harga perumahan mereka menunjukkan terdapatkan risiko untuk harga rumah kembali jatuh kerana graf pertumbuhan indeks memaparkan outlook perumahan yang terburuk sejak tahun 2009.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: