Preview News Penting Buat GBP,USD & CAD: 10/08/2018

Preview News Penting Buat GBP,USD & CAD: 10/08/2018

Hari terakhir dagangan minggu ini membariskan empat laporan berimpak tinggi bermula pada pertengahan sesi dagangan Eropah. Pada jam 4.30 petang

Data PMI Pengeluaran UK Terendah Sejak 2013
EUR/USD Sasar 1.14 Sebelum Tamat Tahun 2017?

Hari terakhir dagangan minggu ini membariskan empat laporan berimpak tinggi bermula pada pertengahan sesi dagangan Eropah.

Pada jam 4.30 petang, para pelabur akan meneliti data pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK bagi suku tahun kedua (Q2) dengan jangkaan pertumbuhan meningkat 0.4% (QoQ), lebih cepat berbanding suku tahun sebelumnya.
Kebiasaannya terbitan pertama akan mencetuskan satu pergerakan pasaran diluar jangkaan.

Pada masa yang sama, laporan perdangangan UK dan output pembuatan bagi bulan Jun juga akan dikemas kini dan output dijangka meningkat 0.3%, lebih rendah berbanding kadar pengeluaran pada bulan Mei.

Di sesi pasaran AS, fokus pelabur beralih kepada laporan indeks inflasi pengguna (CPI) Teras bagi bulan Julai.

Kadar inflasi AS telah meningkat dengan stabil didorong oleh lonjakan harga tenaga.

Harga Teras turut mengikut jejak langkah yang sama dan telah mencapai paras 2.3% (YoY) pada bulan Jun lalu.

CPI Teras pada bulan Julai dijangka mengekalkan peningkatan pada paras 0.2% dan data ini akan menjadi rujukan dan perhitungan Fed menjelang keputusan dasar bulan September hadapan.

Pasaran juga akan mengikuti perkembangan sektor pekerjaan di Kanada selepas pertumbuhan pekerjaan susut dua bulan berturut-turut dan kembali positif pada bulan Jun yang lalu.

17,500 pekerjaan dijangka akan ditambah ke dalam ekonomi manakala kadar pengangguran dijangka susut ke paras 5.9%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: