Preview News Penting Buat GBP & USD: 24/05/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 24/05/2018

Jumlah perbelanjaan pengguna UK pada bulan Mac lalu telah meningkat ke paras 1.1%, sementara jualan barangan selain daripada makanan dan tenaga juga

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 25/09-29/09/2017
USD/JPY: Dapatkah ‘Bull’ Menawan Harga ¥112.00?

Jumlah perbelanjaan pengguna UK pada bulan Mac lalu telah meningkat ke paras 1.1%, sementara jualan barangan selain daripada makanan dan tenaga juga naik 1.2%.

Data jualan runcit UK bagi bulan April yang akan diterbitkan pada jam 6.30 petang akan mengalihkan sementara perhatian pelabur daripada isu Brexit dan perkembangan pilihan raya parlimen di Eropah.

Kadar jualan dijangka menunjukkan angka yang berbeza berikutan sambutan hari Easter.

Bacaan kebiasaannya bervolatiliti dengan kadar jualan runcit dilihat akan susut -0.3% (MoM) pada bulan April manakala jualan Teras pula diramalkan turun sebanyak -0.5% (MoM).

Kemudian pada jam 8.30 malam, Jabatan Perdagangan AS akan mengeluarkan laporan pesanan barangan tahan lama bagi bulan April.

Angka ini menjadi rujukan penting bagi para pelabur kerana maklumat yang dikeluarkan akan menjadi tolak ukur kepada pertumbuhan GDP bagi suku tahun kedua.

Data ‘Durable goods orders’ atau pesanan barangan yang bertahan lebih daripada tiga tahun dijangka susut pada bulan April sekitar -2.0% sementara pesanan Teras yang mengecualikan barangan auto dijangka naik 0.2%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: