Preview News Penting Buat GBP & USD: 22/05/2019

Preview News Penting Buat GBP & USD: 22/05/2019

Harga pengguna UK telah bergerak pada kadar yang sederhana sejak beberapa bulan yang lalu dengan indeks CPI susut ke paras 1.9% (YoY) pada bulan Mac.

Harga Minyak Dunia Jatuh : Harga Baharu Petrol & Diesel Malaysia Bermula Tengah Malam Ini
‘Moment of truth’ Brexit, Apakah Persidangan Khas Diperlukan Pada November?

Harga pengguna UK telah bergerak pada kadar yang sederhana sejak beberapa bulan yang lalu dengan indeks CPI susut ke paras 1.9% (YoY) pada bulan Mac.

Kadar inflasi Teras juga berada di paras yang hampir sama, sekitar 1.8% dalam unjuran tahun ke tahun.

Bacaan CPI bagi bulan April yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang dijangka naik 0.7% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) dan 2.2% pada unjuran tahun ke tahun (YoY).

Sebarang peningkatan pada tekanan inflasi akan meningkatkan lagi peluang untuk BoE mengumumkan rate hike, namun tetap hanya akan berlaku jika isu Brexit dapat diselesaikan dengan baik.

Antara laporan yang ditunggu-tunggu pada minggu ini adalah minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada jam 2 pagi (Khamis).

Fed telah mengekalkan kadar faedah pada bulan Mei yang lalu dan tidak memberi sebarang isyarat untuk mula mengumumkan rate cut dalam yang terdekat.

Pengerusi Fed Jerome Powell pula kekal optimis dengan ekonomi dan menekankan bahawa faktor yang menarik jatuh inflasi hanya bersifat sementara.

Sejak daripada keputusan tersebut, laporan pekerjaan dan inflasi yang dikeluarkan adalah lebih baik daripada jangkaan.

Dokumen bagi minit mesyuarat ini dibuat sebelum konflik perdagangan kembali menegang, oleh itu para pelabur akan lebih meneliti pandangan bank pusat terhadap kadar penggunaan dan perbelanjaan di dalam pasaran.

Minit yang akan dikeluarkan berkemungkinan akan lebih dovish daripada komen Powell, yang mana berpotensi menenangkan pasaran dalam keadaan kesemua bank-bank pusat utama semakin cenderung kepada ‘rate cut’ pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: