Preview News Penting Buat GBP & USD: 13/03/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 13/03/2018

Indeks Data Pengguna (CPI) Akan Menunjukkan Inflasi Kekal Lemah? Data inflasi yang diukur melalui CPI dijangka akan memaparkan peningkatan kadar in

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017
Spekulasi BOJ Tamat Tanpa Perubahan, Beri Peluang USD Bernafas

Indeks Data Pengguna (CPI) Akan Menunjukkan Inflasi Kekal Lemah?

Data inflasi yang diukur melalui CPI dijangka akan memaparkan peningkatan kadar inflasi yang lebih perlahan pada bulan Februari, melemahkan jangkaan untuk melihat empat kali rate hike pada tahun ini.

Pada unjuran tahun ke tahun, CPI teras bulan Februari dijangka kekal pada paras 1.8%, manakala unjuran bulan ke bulan pula diramalkan susut kepada 0.2% berbanding 0.3% pada bulan sebelumnya.

USD bermula lemah pada minggu ini berikutan pasaran masih bimbang dengan kesan negatif perang perdagangan yang akan tercetus ke atas ekonomi Amerika Syarikat.

Anggaran Bajet Post-Brexit Akan Dikeluarkan?

Canselor Philip Hammond dijangka akan melaporkan defisit paling kecil dalam belanjawan UK untuk tempoh 16 tahun yang lalu menerusi kenyataan musim bunga yang akan dikeluarkan pada jam 7.30 petang.

Pada tahun 2017, Ekonomi UK telah berkembang sekitar paras 1.7%, melebihi jangkaan Jabatan Belanjawan UK (OBR) yang dikeluarkan pada ulasan belanjawan bulan November yang lalu, di mana melihat pertumbuhan naik sekitar 1.5%.

Para pelabur akan meneliti rancangan canselor dalam menetapkan perbelanjaan kerajaan selepas Brexit dilaksanakan tahun depan.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: