Preview News Penting Buat GBP & USD: 11/06/2019

Preview News Penting Buat GBP & USD: 11/06/2019

Laporan pekerjaan UK merupakan data yang dinantikan oleh para pelabur pada hari ini. Pada bulan yang lalu, pasaran dikejutkan dengan penyusutan ka

Kesibukan Data Minggu Ini Menjadi Penggerak Matawang EUR & GBP
Ucapan Xi Jinping Menghumban Yen & Menyelamatkan Dollar

Laporan pekerjaan UK merupakan data yang dinantikan oleh para pelabur pada hari ini.

Pada bulan yang lalu, pasaran dikejutkan dengan penyusutan kadar pegangguran bulan Mac kepada 3.8% dan dijangka kekal pada angka yang sama di bulan April.

Sementara itu, pertumbuhan pendapatan pula meningkat pada kadar yang sederhana sekitar paras 3.2%, lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Data bagi bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang dijangka akan meneruskan momentum yang sama dengan tekanan inflasi pendapatan menurun kepada 2.9%

Tuntuan insurans pengangguran pada bulan Mei pula dijangka memaparkan angka yang lebih rendah berbanding bulan sebelumnya, daripada 24,700 kepada 22,900 permohonan.

Di AS akan diterbitkan angka inflasi jualan borong (PPI) bagi bulan Mei pada jam 8.30 malam.

Data ini menjadi perhatian kerana apabila kedudukan kadar inflasi bagi barangan di peringkat runcit berada di bawah sasaran 2% bank pusat, hal ini akan meningkatkan lagi jangkaan untuk Fed umumkan rate cut lebih awal.

Indeks PPI dijangka naik 0.1% pada bulan yang lalu sementara PPI Teras yang mengecualikan harga makanana dan tenaga dijangka naik 0.2%

Angka tersebut akan membawa bacaan tahun ke tahun PPI ke paras 2% manakala PPI Teras di paras 2.3%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: