Preview News Penting Buat GBP & USD: 11/02/2019

Preview News Penting Buat GBP & USD: 11/02/2019

Pada hari yang lenggang tanpa laporan-laporan penting di sesi Asia, UK memperlihatkan barisan data-data utama yang akan mula dikeluarkan pada jam 5.3

Laporan Penting Untuk AUD, EUR & USD: 06/02/2018
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018

Pada hari yang lenggang tanpa laporan-laporan penting di sesi Asia, UK memperlihatkan barisan data-data utama yang akan mula dikeluarkan pada jam 5.30 petang.

Ekonomi yang lemah telah memberi tekanan kepada pelaburan perniagaan yang hanya merekodkan satu peningkatan sepanjang empat suku tahun yang lalu.

Pasaran bakal berhadapan dengan satu lagi penurunan pada suku tahun keempat dengan jangkaan awal menunjukkan kadar pelaburan perniagaan UK susut sekitar -1.3%

Pada waktu yang sama, fokus pasaran tertumpu kepada data awal pertumbuhan GDP UK bagi suku tahun keempat.

Angka ini dikeluarkan setiap bulan, namun laporan pada hari ini lebih signifikan kerana data bulan Disember akan menyimpulkan keseluruhan data bagi suku tahun keempat 2018.

Selepas melonjak naik 0.6% pada suku tahun ketiga, sedikit penurunan dijangka berlaku pada Q4 (QoQ), meningkat lebih perlahan sekitar 0.3%.

GDP dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) pula dijangka tidak berubah, mendatar di paras 0.0% sementara tahun ke tahun (YoY) susut daripada 1.5% kepada 1.4%

Perang perdangang yang berlanjutan sehingga memasuki tahun 2019 turut memberi tekanan kepada sektor pembuatan UK dan kadar pengeluaran pembuatan telah merosot empat kali sepanjang lima bulan yang lepas.

Bacaan yang lebih baik dijangkakan pada bulan Disember dengan kadar pengeluaran dilihat pulih daripada -0.3% kepada 0.2%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: