Preview News Penting Buat GBP & USD: 09/11/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 09/11/2018

Data pertumbuhan ekonomi UK melalui GDP dikeluarkan secara bulanan dan laporan pada hari ini bukanlah hanya untuk bulan September, tetapi keseluruhan

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
Ekonomi Kembali Kukuh Pada hari Kelima

Data pertumbuhan ekonomi UK melalui GDP dikeluarkan secara bulanan dan laporan pada hari ini bukanlah hanya untuk bulan September, tetapi keseluruhan suku tahun ketiga (Q3).

Ekonomi telah berkembang pada kadar 0.4% (QoQ) pada suku tahun kedua.

Memasuki Q3, ekonomi UK turut menunjukkan angka pertumbuhan yang sama bermula daripada Julai sehingga Ogos.

Bacaan awal GDP (QoQ) bagi Q3 yang akan diterbitkan pada jam 5.30 petang dijangka meningkat ke paras 0.6%, manakala unjuran tahun ke tahun (YoY) pula dijangka naik daripada 1.2% kepada 1.5%

Pada masa yang sama, pasaran akan mengemas kini data pengeluaran sektor pembuatan bagi bulan September di UK.

Pengeluaran telah jatuh -0.2% pada bulan Ogos, lebih rendah daripada jangkaan. Peningkatan 0.1% pada bulan September diramalkan berlaku.

Pengeluaran Industri dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) pula dijangka susut -0.1% pada bulan September.

UK telah mengalami defisit perdagangan yang kronik sehingga memberi sedikit tekanan kepada pound.

Defisit -11.2 billion pound direkodkan pada bulan Ogos, dan angka yang hampir sama dijangka akan diterbitkan pada bulan September sekitar -11.4 billion pound.

Pada jam 9.30 malam, fokus pasaran beralih kepada tekanan harga peringkat pengeluar (kilang) di AS.

Data indeks PPI dan PPI teras telah meningkat 0.2% (MoM) pada bulan Septembe yang lalu, stabil dan lebih rendah berbanding beberapa bulan yang lepas.

Bacaan indeks PPI dan PPI Teras bagi bulan Oktober dijangka meningkat pada kadar yang sama, 0.2 peratus.

Kemudian pada jam 11 malam, para pelabur akan mendapatkan bacaan indeks sentimen pengguna hasil tinjauan Universiti Michigan.

Angka yang dikeluarkan berbeza dengan data CB (Conference Board), telah mencatat rekod tertinggi 100.8 mata pada bulan September sebelum berundur beberapa bulan berikutnya.

Bacaan awal bagi bulan November yang akan diterbitkan pada hari ini dijangka berada sekitar paras  98.0 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: