Preview News Penting Buat GBP, EUR & AUD: 03/12/2019

Preview News Penting Buat GBP, EUR & AUD: 03/12/2019

Pemantauan Jualan Runcit BRC (British Retail Consortium) yang menjadi ukuran kepada perbelanjan pengguna UK akan dikeluarkan pada jam 8.01 pagi. D

Kejayaan Draghi Lambatkan Proses Untuk ECB Keluar Daripada Dasar Yang Longgar
Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 16/10/2019

Pemantauan Jualan Runcit BRC (British Retail Consortium) yang menjadi ukuran kepada perbelanjan pengguna UK akan dikeluarkan pada jam 8.01 pagi.

Data bervolatiliti tinggi ini telah memaparkan peningkatan 0.1% pada bulan Oktober lalu, namun kadar jualan dijangka kembali menyusut pada bulan November sekitar paras -0.4%

Kemudian pada jam 11.30 pagi, fokus pelabur akan tertumpu kepada keputusan dasar kewangan Rizab Bank Australia (RBA) bagi bulan Disember.

RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% pada bulan November lalu selepas beransur-ansur menurunkannya daripada 1.50% sepanjang tahun ini.

Berdasarkan ulasan yang dikeluarkan oleh bank pusat pada pertemuan yang lalu, pintu bagi dasar yang lebih longgar masih terbuka.

Namun begitu, Gabenor Phillip Lowe dan ahli RBA yang lain dijangka mengekalkan Cash Rate pada pertemuan kali ini sebelum memasuki percutian musim panas dan kembali bermesyuarat pada bulan Februari hadapan.

Di Sepanyol, jumlah pekerjaan telah melonjak lebih tinggi daripada jangkaan kepada 97,900 pada bulan Oktober dan dijangka mengekalkan bacaan yang tinggi pada bulan November dengan penambahan sekitar 75,200 pekerjaan.

Pada jam 5.30 petang, The Chartered Institute of Purchasing and Supply (CIPS) akan mengeluarkan data PMI bagi sektor pembinaan UK yang mana dijangka masih mengucup pada bulan November dengan bacaan indeks kekal dibawah 50 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: