Preview News Penting Buat GBP, AUD & USD: 10/09/2019

Preview News Penting Buat GBP, AUD & USD: 10/09/2019

Bermula jam 9.30 pagi, pasaran akan mengesahkan apakah bacaan indeks terkini keyakinan perniagaan Australia hasil tinjauan NAB (National Australia Ba

EUR/USD Kekalkan Momentum Bullish, Hampiri Paras Tertinggi Dua Bulan Yang Lalu, ECB Bertukar ‘Hawkish’?
Indeks Kebimbangan Pengguna Australia Melonjak Ke Paras Tertinggi 3 Tahun Lalu, AUD/USD Kekal Di Zon Terendah

Bermula jam 9.30 pagi, pasaran akan mengesahkan apakah bacaan indeks terkini keyakinan perniagaan Australia hasil tinjauan NAB (National Australia Bank) pada bulan Ogos masih dalam trend menaik.

Indeks keyakinan pada bulan Julai yang lalu telah meningkat daripada 2 kepada 4 mata, dan tahap keyakinan yang tinggi menggambarkan keadaan ekonomi yang lebih baik kerana menjadi kunci kepada meningkatkan pelaburan, pengambilan pekerjaan dan perbelanjaan.

Pada waktu yang sama, para pelabur akan memerhatikan data inflasi pengguna dan pengeluar daripada China berikutan ekonomi mula menampakkan kesan daripada tarif apabila hasil eksport semakin jatuh.

Indeks CPI dijangka menunjukkan penurunan pada bacaan tahun ke tahun, merosot daripada 2.8% kepada 2.6% (YoY) pada bulan Ogos sementera PPI pula semakin mengucup daripada -0.3% kepada -0.9%.

Kemudian, fokus pelabur beralih kepada laporan pekerjaan UK yang mana dijangka menunjukkan peningkatan pada tuntutan insurans pengangguran sebanyak 29,300 permohonan pada bulan Ogos.

Pada bulan Jun yang lalu, kadar pendapatan telah melonjak ke paras 3.7% atau 3.9% tanpa bonus dan peningkatan dengan angka yang sama dijangkakan pada bulan Julai.

Walau bagaimanapun, penganalisis melihat peningkatan kadar pengangguran daripada 3.8% kepada 3.9% dan dijangka kekal pada bulan Julai menjadi antara faktor yang mendorong kenaikan pertumbuhan gaji.

Di AS, selepas memaparkan penambahan jumlah pekerjaan yang lebih kecil daripada jangkaan pada bulan Ogos, perhatian pasaran kini beralih kepada data JOLTs (Job Openings and Labor Turnover survey) yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam.

Ahli ekonomi menjangkakan penurunan pada angka JOLTs daripada 7.348 juta kepada 7.311 juta pada bulan Julai.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: