Preview News Penting Buat GBP & AUD: 18/07/2019

Preview News Penting Buat GBP & AUD: 18/07/2019

Pasaran buruh Australia berkembang pada kadar yang baik sepanjang tahun ini, sentiasa mengejutkan pasaran dengan rekod penambahan jumlah pekerjaan ya

Laporan Minit FOMC Menghambat Harga Emas Susut Lebih Rendah
“Divergensi Outlook” Polisi Masih Menyokong EUR/JPY

Pasaran buruh Australia berkembang pada kadar yang baik sepanjang tahun ini, sentiasa mengejutkan pasaran dengan rekod penambahan jumlah pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Walau bagaimanapun, Rizab Bank Australia (RBA) tidak menyenangi kedudukan kadar penangguran yang telah naik ke paras 5.2% sejak bulan April yang lalu.

Berdasarkan laporan yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 pagi, Jabatan Statistik Negara Australia dijangka merekodkan penambahan sebanyak 9,100 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Jun.

Kadar pengangguran pula dijangka kekal pada paras 5.2%, angka tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak bulan September 2018.

Di UK pula, para pelabur akan mendapatkan Kedudukan Kredit Suku Tahunan hasil tinjauan BoE pada jam 4.30 petang.

Laporan tersebut akan memberikan unjuran keadaan kredit bagi tiga bulan kehadapan, dan kadar pinjaman yang tinggi akan meningkatkan risiko, namun mengisyaratkan keyakinan kepada pertumbuhan ekonomi.

Pada waktu yang sama, laporan yang menjadi indikator utama kepada perbelanjaan pengguna iaitu data jualan runcit UK akan dikeluarkan.

Kedua-dua angka, jualan utama ataupun teras tidak berjaya memaparkan sebarang peningkatan sejak bulan Mac yang lalu.

Kadar jualan utama dijangka susut sekitar -0.3% (MoM) pada bulan Jun, sementara jualan Teras yang mengecualikan jualan minyak dan kenderaan dijangka merosot sekitar -0.2% (MoM).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: