Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 15/05/2019

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 15/05/2019

Jerman yang mewakili sebahagian besar hasil ekonomi Eropah telah hampir terjatuh ke dalam kemelesetan. Pertumbuhan ekonomi mendatar pada suku tahu

Preview NFP: ‘Price Action’ Memihak Kepada Data Pekerjaan Yang Kukuh
Ekuiti Eropah Berterusan ‘Sideways’

Jerman yang mewakili sebahagian besar hasil ekonomi Eropah telah hampir terjatuh ke dalam kemelesetan.

Pertumbuhan ekonomi mendatar pada suku tahun Q4 yang lalu selepas merekodkan pengucupan pada suku tahun sebelumnya.

Memasuki tahun baru, pemulihan dijangka berlaku pada suku tahun pertama 2019 dengan bacaan awal yang akan diterbitkan pada jam 2 petang menunjukkan kadar naik ke paras 0.4% (QoQ).

Keseluruhan Zon Eropah juga akan menerbitkan bacaan kedua bagi GDP Q1 sama pada jam 5 petang dengan jangkaan pertumbuhan kekal pada paras 0.4%.

Namun secara keseluruhannya data EU akan dipengaruhi oleh angka yang akan diumumkan oleh Jerman.

Aktiviti pengguna merupakan nadi bagi ekonomi AS dan angka Jualan Runcit bagi bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam akan memberi isyarat tentang prospek bagi suku tahun kedua.

Selepas jualan runcit melonjak 1.6% pada bulan Mac, hanya peningkatan kecil dijangka berlaku di bulan April, naik 0.2%

Jualan Teras yang mengecualikan makanan dan tenaga juga dijangka meningkat lebih perlahan pada bulan April daripada 1.2% kepada 0.7%

Angka-angka yang lebih baik daripada ramalan akan menurunkan lagi jangkaan untuk Fed mengumumkan rate cut pada tahun ini.

Di Kanada, data CPI yang menjadi ukuran utama kepada perbelanjaan pengguna berkembang dengan baik apabila mencatat peningkatan 0.7% dua bulan berturut-turut.

CPI Teras walaupun naik pada kadar yang sederhana, namun tetap mengeluarkan angka-angka yang positif sejak tiga bulan yang lalu.

Pada jam 8.30 malam, data bagi bulan April akan dikeluarkan, apakah pasaran akan mendapatkan angka CPI yang lebih baik?

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: