Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 11/10/2019

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 11/10/2019

Inflasi pengguna Jerman susut -0.2% pada bulan Ogos yang lalu, merekodkan penurunan kedua pada tahun ini dan bacaan akhir indeks CPI yang akan dikelu

GBP/USD: Brexit Tetap Berlaku Pada 29 Mac, Dengan Perjanjian Atau Tidak
EUR/USD Masih Terperangkap Dalam Middle Range

Inflasi pengguna Jerman susut -0.2% pada bulan Ogos yang lalu, merekodkan penurunan kedua pada tahun ini dan bacaan akhir indeks CPI yang akan dikeluarkan pada jam 2 petang akan mengesahkan bahawa teknana inflasi mendatar tanpa perubahan pada bulan September.

Kemudian pada 8.30 malam, fokus pasaran tertumpu kepada perkembangan sektor pekerjaan di Kanada selepas data NFP Kanada memaparkan peningkatan yang signifikan dengan penambahan 81,000 pekerjaan pada bulan Ogos yang lalu.

Peningkatan jumlah orang yang mencari pekerjaan telah meningkatkan kadar pengangguran ke paras 5.7% dan dijangka kekal di paras yang sama pada bulan September dengan penambahan 10,000 pekerjaan ke dalam ekonomi.

Perkembangan tahap keyakinan pengguna AS pula menjadi perhatian pada hari ini berikutan kekuatan pengguna menjadi salah satu faktor yang menyelematkan ekonomi AS daripada kemelesetan.

Universiti Michigan pada jam 10 malam akan mengeluarkan bacaan awal bagi indeks keyakinan pengguna bulan Oktober dengan jangkaan bacaan indeks jatuh daripada 93.2 kepada 92 mata sementera komponen keyakinan susut daripada 83.4 kepada 81.7 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: