Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 06/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 06/12/2018

Di Eropah pada hari Khamis, para pelabur akan mendapatkan angka pesanan kilang di Jerman bagi bulan Oktober. Data yang akan diterbitkan pada jam 3

Bullish Dollar Menantikan Laporan NFP Sebelum Membuat Sebarang Lonjakan Yang Bermakna
EUR/USD: Apakah ‘Bear’ Akan Kembali Menguasai?

Di Eropah pada hari Khamis, para pelabur akan mendapatkan angka pesanan kilang di Jerman bagi bulan Oktober.

Data yang akan diterbitkan pada jam 3 petang pada bulan September lalu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.3% dan kadar pesanan dijangka menyusut -0.4% pada bulan Oktober.

Menjelang laporan NFP esok, para pelabur akan mengemas kini data pekerjaan ADP yang akan dikeluarkan pada jam 9.15 malam.

Jumlah pekerja swasta yang akan ditambah ke dalam ekonomi pada bulan November dijangka meningkat sekitar 196,000, lebih rendah berbanding bacaan bulan yang lalu.

Pada jam 9.30 pula para pelabur akan meneliti angka imbangan perdagangan AS bagi bulan Oktober yang mana defisit dijangka stabil sekitar -$55.20 billion

Kemudian, pada jam 11 malam, bacaan indeks PMI ISM Perkhidmatan (Non-manufacturing) akan dikeluarkan.

Hasil tinjuan ISM pada bulan Oktober yang lalu menunjukkan aktiviti perkhidmatan terus berkembang pesat dengan bacaan indeks naik lebih 60 mata dan mengisyaratkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Angka ini turut dijadikan sebagai indikator menjelang laporan NFP dan bacaan pada bulan November dijangka stabil sekitar 59.2 mata.

Di Kanada pula, pada jam 9.30 malam, para pelabur akan mendapatkan bacaan imbangan perdagangan mereka bagi bulan Oktober.

Kanada telah mengalami defisit perdagangan sejak Februari 2017 yang lalu, namun semakin mengecil kepada 400 juta pada bulan September.

Apakah pasaran dapat melihat lebihan dagangan pada bulan Oktober? Penganalisis menjangkakan defisit meningkat kepada $700 juta CAD.

Pada jam 9.35 malam, ulasan Gabenor BoC Poloz dijangak menambahkan garam ke dalam kenyataan dovish yang telah dikeluarkan oleh BoC selepas keputusan dasar pada hari Rabu yang lalu.

Disebabkan oleh kebimbangan terhadap perjanjian perdagangan, bacaan PMI Ivey telah jatuh mendadak pada bulan Oktober dan pulih pada bulan Oktober ke paras 61.8 mata.

Angka ini mengisyaratkan pertumbuhan yang lebih baik dan pada bulan November bacaan PMI dijangka sedikit menurun ke paras 60.3 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: