Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 02/11/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 02/11/2018

Pada hari Jumaat, para pelabur akan mendapatkan bacaan akhir PMI Pembuatan di negara-negara Eropah bagi bulan Oktober bermula di Sepanyol (4.15 petang

WTI Merosot 0.3% Dari Catatan Tertinggi Dalam Masa 3 Tahun. Bekalan Minyak Dunia Dijangka Meningkat.
Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Pada hari Jumaat, para pelabur akan mendapatkan bacaan akhir PMI Pembuatan di negara-negara Eropah bagi bulan Oktober bermula di Sepanyol (4.15 petang), Itali (4.45 petang), Perancis (4.50 petang), Jerman (4.55 petang) dan EU (5 petang).

Sektor pembuatan di Itali dijangka mengalami pengucupan dengan bacaan indeks PMI dijangka susut ke paras 49.7.

Aktiviti pembuatan di Sepanyol juga dijangka bergerak lebih perlahan berbanding bacaan awal dengan angka PMI turun daripada 51.4 kepada 51 mata.

Manakala di Perancis, Jerman dan EU diramal mengekalkan bacaan yang sama.

Di UK, pasaran akan mengemas kini data PMI Pembinaan.

Sektor pembinaan bergerak lebih volatile berbanding sektor yang lain selepas bacaan indeks jatuh lebih rendah daripada 50 mata pada bulan Mac lalu.

Selepas melaporkan bacaan yang mengecewakan pada bulan September, data yang hampir sama sekitar 52.0 mata dijangka akan diterbitkan bagi bulan Oktober.

Pada jam 8.30 malam, fokus beralih kepada data pekerjaan AS.

Sejak bulan September, laporan pekerjaan AS tidak lagi didominasi oleh data pendapatan.

Kadar pertumbuhan gaji telah bergerak stabil manakala pertumbuhan pekerjaan pula naik turun dengan volatiliti yang lebih tinggi.

Pada bulan September 134,000 pekerjaan ditambah, lebih rendah daripada jangkaan namun merekodkan peningkatan pada data Ogos yang dikaji semula.

Pendapatan pula meningkat 0.3% (MoM) dan 2.8% (YoY) dua bulan yang lalu.

Menerusi data NFP, 191,000 pekerjaan dijangka akan ditambah ke dalam ekonomi sementara gaji pula diramalkan bergerak lebih perlahan bulan ke bulan (MoM), naik sekitar 0.2%

Kadar pegangguran pula dijangka kekal pada paras 3.8%

Pada waktu yang sama, Kanada juga akan menerbitkan data pekerjaan bagi bulan Oktober dan perbezaan antara jumlah pekerjaan tetap dan pekerja sambilan menjadi tumpuan.

Selepas merekodkan penambahan 63,300 pekerjaan pada bulan September, angka yang lebih kecil dijangka akan diterbitkan pada bulan Oktober, naik sekitar 12,700 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula dijangka kekal pada rekod terbaik di paras 5.9%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: