Preview News Penting Buat EUR & USD: 17/05/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 17/05/2019

Pada jam 5 petang, bacaan akhir indeks CPI bulan April yang akan dikeluarkan oleh Zon Eropah akan mengesahkan bahawa tekanan inflasi semakin meningka

Kejutan Penurunan Harga Harian Terbesar, Pasaran Minyak Kebuntuan Untuk Menentukan Hala Tuju Seterusnya
Dollar Kekal Positif Menjelang Laporan Indeks PCE Teras

Pada jam 5 petang, bacaan akhir indeks CPI bulan April yang akan dikeluarkan oleh Zon Eropah akan mengesahkan bahawa tekanan inflasi semakin meningkat dalam tahun ke tahun (YoY).

Data CPI dijangka mengekalkan peningkatan melebihi jangkaan di paras 1.7% manakala CPI Teras yang mengecualikan bahan makanan dan tenaga juga dijangka meningkat ke paras 1.2%

Pemulihan di Jerman dilihat menjadi pendorong utama kepada peningkatan tersebut.

Kemudian, pasaran akan mengikuti perkembangan terkini keyakinan pengguna di AS hasil tinjuan Universiti Michigan dilihat akan menjadi salah satu ‘market mover’ pada hari ini.

Bacaan awal indeks sentimen pengguna Michigan bagi bulan Mei dijangka meningkat daripada 97.2 kepada 97.8 mata.

Namun begitu, komponen jangkaan pula dilihat semakin menurun daripada 87.4 kepada 86.8 mata.

Apakah sentimen akan semakin baik di masa hadapan? Dalam keadaan konflik perdagangan yang semakin tegang dan penyusutan pasaran saham lebih 2%, sukar untuk melihat keyakinan akan semakin pulih, malah berkemungkinan merosot melebihi jangkaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: