Preview News Penting Buat EUR & USD: 16/07/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 16/07/2018

1) Imbangan Perdagangan EU Hasil eksport Jerman yang tinggi telah membantu Zon Eropah mengekalkan lebihan dalam imbangan perdaganngan mereka. Lapor

Preview Laporan Pekerjaan UK: Apakah ‘Menjual’ GBP/USD Pilihan Terbaik?
Pasaran Emas Didagang Dengan Bias Negatif, Turun Menguji Support $1,390

1) Imbangan Perdagangan EU

Hasil eksport Jerman yang tinggi telah membantu Zon Eropah mengekalkan lebihan dalam imbangan perdaganngan mereka. Laporan perdagangan bagi bulan Mei pada hari ini menjadi tumpuan bagi melihat respon pasaran sebelum EU membalas tariff AS yang dikenakan keatas mereka pada bulan Jun lalu.

Lebihan dijangka terus meningkat pada bulan Mei dengan bacaan naik daripada 16.7 billion EUR (April) kepada 20.9 billion EUR.

2) Sidang Kemuncak Trump-Putin

Kedua-dua pemimpin utama ini akan mengadakan pertemuan rasmi di Helsinki selepas bersemuka di luar persidangan NATO dan negara G7 yang lalu.

Trump mengatakan mesyuarat beliau dengan Putin ini mungkin menjadi pertemuan paling mudah dalam lawatannya di Eropah, selepas perbalahan bersama sekutu Eropah pada sidang kemuncak NATO dan G7 berakhir tanpa sebarang pengisytiharan yang baru.

Pelbagai topik menjadi tumpuan pada hari ini seperti Crimea yang diambil alih oleh Russia, beberapa sekatan yang telah dikenakan, dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS dan pelbagai isu yang lain.

Jika sekatan ke atas Russia dilonggarkan, hal ini akan membimbangan sekutu Amerika Barat, namun memberi kesan positif kepada pasaran kerana membuka lebih banyak peluang komersial sekali gus mengurangkan ketegangan dalam hubungan perdagangan di peringkat global.

3) Jualan Runcit AS

Aktiviti perbelanjaan merupakan pusat kepada ekonomi AS dan data jualan runcit memainkan peranan penting sebagai rujukan yang memberi kesan signifikan kepada pasaran.

Setiap komponen jualan runcit meningkat pada bulan Mei lalu. Data bulan Jun dijangka terus meningkat namun dengan kadar yang lebih sekitar 0.4%. Bacaan yang lebih positif dilihat akan memberi kesan kepada pergerakan bullish USD pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: