Preview News Penting Buat EUR & USD: 16/05/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 16/05/2018

Bacaan akhir indeks harga pengguna CPI Jerman bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 2 petang akan mengepalai laporan utama pada hari ini. Teka

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/08/2018
Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?

Bacaan akhir indeks harga pengguna CPI Jerman bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 2 petang akan mengepalai laporan utama pada hari ini.

Tekanan inflasi bulan ke bulan (MoM) dijangka kekal tanpa sebarang perubahan di paras 0.0% manakala CPI Zon Eropah bagi bulan April pula diramalkan bergerak lebih perlahan, jatuh daripada 1.0% kepada 0.3% (MoM).

Indeks CPI dan CPI Teras Zon Eropah dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) pula dijangka selari dengan bacaan awal, kekal pada paras yang sama iaitu 1.2% (CPI) dan 0.7% (CPI Teras).

Kesemua bacaan indeks walau bagaimanapun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya dan penutupan awal pasaran sempena sambutan hari Easter menjadi sebahagian daripada faktor penurunan tersebut.

Pada jam 10 malam pula, Presiden ECB Mario Draghi dijadualkan memberi ucaptama dalam acara penghormatan kepada Vitor Manuel Riberio anjuran ECB di Frankfrut. Beliau dilihat akan mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dasar kewangan.

Kemudian pada jam 10.30 malam, perhatian pelabur akan beralih kepada laporan sektor perumahan AS di mana permit pembinaan tahunan AS sehingga April berada pada jumlah 1.35 juta unit manakala jumlah ‘Housing Start’ berada sekitar 1.31 juta unit.

Kedua-dua laporan di atas kebiasaannya mengimbangai kelemahan masing-masing. Sekiranya kedua-dua indikator tersebut bergerak selari sama ada melebihi atau lebih rendah berbanding ramalan, ianya akan memberi impak yang besar kepada pasaran.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: