Preview News Penting Buat EUR & USD: 15/03/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 15/03/2019

Pada jam 6 petang, pasaran akan mendapatkan bacaan akhir inflasi CPI Zon Eropah bagi bulan Februari yang mana akan mengesahkan peningkatan kadar CPI

Rate Hike Akan dilakukan pada bulan hadapan meskipun AS menerima presiden yang baru
Laporan Penting Untuk EUR & USD: 31/1/2018

Pada jam 6 petang, pasaran akan mendapatkan bacaan akhir inflasi CPI Zon Eropah bagi bulan Februari yang mana akan mengesahkan peningkatan kadar CPI ke paras 1.5% sementara CPI Teras susut ke paras 1.0%

Di AS pasaran akan mengemas kini laporan pengeluaran industri bagi bulan Februari dengan jangkaan kadar pengeluaran pulih dengan peningkatan 0.4% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

Kemudian, tinjauan awal Universiti Michigan terhadap sentimen pengguna bulan Mac akan dikeluarkan pada jam 10 malam.

Ahli ekonomi menjangkakan indeks sentimen pengguna Michigan naik daripada 93.8 kepada 95.3 mata.

Angka yang lebih baik akan menjadi bukti bahawa kebimbangan terhadap penurunan jualan rucit bulan Disember ke paras terendah sejak 9 tahun lalu semakin menghilang.

Pada waktu yang sama, angka JOLTs (Job Openings and Labor Turnover survey) pada bulan Januari akan dikeluarkan dengan jangkaan sedikit menurun kepada 7.310 juta.

Penurunan ini kebiasaanya mengisyaratkan bahawa terdapat masalah yang sedang melanda pasaran buruh, namun masih ada beberapa perkara yang akan menyebabkan pasaran mengenepikan data tersebut.

Pertama, angka JOLTs pada bulan Disember telah mencapai rekod tertinggi, dan laporan pada hari ini adalah untuk bulan Januari yang dapat dijangka berdasarkan data NFP bagi bulan Februari yang lalu.

Akan tetapi apa yang menarik minat para pelabur adalah kadar berhenti kerja yang mencapai paras 2.9% pada bulan Disember.

Jika angka ini terus meningkat, menunjukkan bahawa para pekerja masih merasakan mereka mempunyai peluang untuk memperbaiki kehidupan melalui pekerjaan yang baru, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap pertumbuhan pekerjaan yang lemah pada bulan Februari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: