Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/08/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/08/2019

Jerman pada hari Rabu akan mengeluarkan bacaan awal bagi GDP Q2 pada jam 2 petang dan dengan kelembapan sektor pembuatan, pertumbuhan mula menunjukka

Preview News Penting Buat EUR & USD: 04/04/2019
Preview RBA Rate: Beli Aussie (AUD) Pilihan Yang Tepat?

Jerman pada hari Rabu akan mengeluarkan bacaan awal bagi GDP Q2 pada jam 2 petang dan dengan kelembapan sektor pembuatan, pertumbuhan mula menunjukkan tanda-tanda pengucupan.

Selepas meningkat 0.4% pada suku tahun pertama yang lalu, GDP dijangka susut -0.1% pada suku tahun kedua. Kemudian angka tersebut akan dikemas kini ke dalam laporan GDP bagi keseluruhan Zon Eropah.

Perancis pula akan menerbitkan bacaan akhir bagi indeks CPI bulan yang lalu. Pemilik ekonomi kedua terbesar EU akan mengesahkan bahawa tekanan inflasi merosot -0.2% pada bulan Julai

Di UK, indeks CPI utama tepat pada sasaran 2% bank pusat pada bulan Jun yang lalu dan dijangka menurun ke paras 1.9% pada bulan Julai.

Laporan yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang ini bakal meningkatkan lagi potensi untuk BoE memutuskan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat dasar bulan hadapan, atau sekurang-kurangnya pada bulan November, selepas Brexit dikuatkuasakan.

Pada jam 5 petang, jabatan statistik EU, Eurostat akan menerbitkan data kedua bagi pertumbuhan GDP Q2 EU dan dijangka mengesahkan bacaan kadar pertumbuhan yang lebih rendah sekitar 0.2% (MoM) dan 1.1% (YoY).

Pada waktu yang sama, Eurostat akan mengeluarkan kadar pengeluaran industri Zon Eropah pada bulan Jun yang mana dilihat susut daripada 0.9% kepada -1.4% (MoM).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: