Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/09/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/09/2019

Inflasi Jerman memulih ke paras 0.5% pada bulan Julai, namun jauh di bawah sasaran 2% bank pusat dan berdasarkan data CPI bulan Ogos yang akan diterb

EUR/USD Dalam Mod Bertahan Menjelang Laporan PMI Perkhidmatan Jerman & Zon Eropah
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 22/01-26/01/2018

Inflasi Jerman memulih ke paras 0.5% pada bulan Julai, namun jauh di bawah sasaran 2% bank pusat dan berdasarkan data CPI bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 2 petang, pasaran dijangka berhadapan dengan penyusutan -0.2%.

Sektor pembuatan Zon Eropah pula masih lemah apabila output jatuh sepanjang empat daripada lima bulan yang lalu dan dijangka terus merosot pada bulan Julai dengan kadar -0.1%.

Kemudian, fokus pasaran beralih kepada acara yang ditunggu-tunggu pada minggu ini iaitu keputusan dasar kewangan terkini Bank Pusat Eropah (ECB) pada jam 7.45 petang yang dijangka akan memperkenalkan satu pakej ransangan yang signifikan.

ECB telah memberi isyarat yang lebih jelas pada pertemuan bulan Julai lalu berikutan kemelesetan yang melanda Jerman, permintaan global yang perlahan dan tekanan inflasi yang lemah.

Pemotongan 10 mata asas daripada kadar deposit semasa, -0.40% dilihat sebagai salah satu langkah paling minimum yang akan diumumkan pada hari ini.

Presiden Draghi dan ahli ECB yang lain berkemungkinan mengumumkan rate cut yang lebih besar, atau memperkenalkan semula program pembelian bon (QE) yang telah dihentikan bulan Disember yang lalu.

Namun begitu, Jens Weidmann, ketua kepada Bundesbank Jerman yang terkenal dengan sebagai salah seorang ahli yang hawkish dijangka akan menolak keras rancangan tersebut.

EUR berpotensi naik jika ECB mengekalkan pemotongan kadar yang kecil, diikuti oleh satu sistem tiering yang mengecualikan sebahagian bank daripada kadar tersebut.

Akan tetapi, jika bank pusat mengejutkan pasaran dengan tindakan yang lebih agresif, EUR mempunyai ruang untuk melakukan terjunan.

Antara punca Fed mengumumkan rate cut pada bulan Julai adalah disebabkan oleh inflasi yang rendah.

Pada jam 8.30 malam, para pelabur akan mengemas laporan CPI AS bagi bulan Ogos yang berfungsi sebagai petunjuk utama menjelang keputusan Fed minggu hadapan.

Bacaan indeks CPI dijangka meningkat sekitar 0.1% (MoM) pada bulan lalu, sementara CPI Teras naik pada paras 0.2%.

Angka yang lebih baik akan menimbulkan keraguan terhadap keinginan Fed untuk menaikkan kadar, manakala bacaan yang lebih rendah pula akan memicu spekulasi mesej-mesej yang lebih dovish.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: