Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/07/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/07/2019

Para pelabur pada hari Khamis akan mengemas kini data perdagangan bulan Jun daripada China untuk menilai kedudukan semasa pemilik ekonomi kedua terbe

RBA Optimis Dengan Ekonomi & Sektor Pekerjaan, AUD/USD Bertukar Positif, Naik Melepasi $0.6700
Preview News Penting Buat GBP & USD: 24/05/2018

Para pelabur pada hari Khamis akan mengemas kini data perdagangan bulan Jun daripada China untuk menilai kedudukan semasa pemilik ekonomi kedua terbesar didunia tersebut.

Kedua-dua hasil, import mahupun eksport dijangka menyusut pada bulan Jun yang lalu.

Kemerosotan pada sektor import walau bagaimanapun dijangka bergerak lebih perlahan berbanding bulan Mei yang lalu, daripada -8.5% kepada -4.5%

Hasil eksport pula dijangka menurun daripada 1.1% kepada -2.0%

Jika kejatuhan pada hasil import lebih tinggi berbanding eksport, lebihan dagangan China dijangka akan melebarkan jurangnya.

Kemudian pada jam 5 petang, perkembangan sektor industri Zon Eropah akan diperhatikan.

Sektor pembuatan dan industri EU menghadapi kesukaran, mengucup sebanyak lima kali sejak enam bulan yang lalu.

Pemulihan kecil dijangka berlaku pada pengeluaran industri bulan Mei, naik daripada -0.5% kepada 0.2%

Angka Inflasi Jualan Borong (PPI) AS akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam, sehari selepas data CPI mengejutkan pasaran dengan bacaan yang lebih positif.

Secara purata, ahli ekonomi meramalkan peningkatan 0.1% (MoM) pada indeks PPI bulan yang lalu, sementara PPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga naik sekitar 0.2% (MoM).

Kedua-dua bacaan diatas dijangka menolak PPI dalam unjuran tahun ke tahun naik 1.6% (YoY), manakala pertumbuhan PPI Teras sekitar 2.2% (YoY).

PPI merupakan indikator utama bagi mengukur harga input barangan yang dijual diperingkat runcit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: