Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/07/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/07/2018

1) Minit Mesyuarat ECB Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengumumkan satu keputusan besar berkenaan dasar kewangan pada bulan Jun lalu, dan minit mesyu

Ringkasan Minit Mesyuarat FOMC; Dollar Terus Melemah
Harapan ‘Tax Reform 2.0’ Pulihkan Saham Wall Street

1) Minit Mesyuarat ECB

Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengumumkan satu keputusan besar berkenaan dasar kewangan pada bulan Jun lalu, dan minit mesyuarat yang akan diterbitkan pada hari ini akan membentangkan lebih banyak butiran yang menjadi latar kepada keputusan tersebut.

ECB telah mengumumkan rancangan mereka untuk mengecilkan pembelian bon kepada €15 billion pada suku tahun keempat 2018 dan akan menamatkannya secara keseluruhan pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, Presiden ECB Mario Draghi berkata beberapa faktor telah menghalang daripada berlakunya perubahan dasar, oleh itu kadar faedah akan terus kekal di paras yang sama sehingga musim panas 2019.

Minit yang akan dikeluarkan ini juga akan memberi petunjuk terhadap tindakan bank pusat di masa hadapan. Selain itu, isu perdagangan turut menjadi perkara yang akan diteliti dalam laporan tersebut berikutan ECB pernah menyuarakan kebimbangan tentang implikasi konflik perdagangan ke atas ekonomi.

 

2) Indeks Harga Pengguna (CPI) AS

Harga pengguna dilihat telah meningkat pada kadar yang lebih cepat dengan CPI Teras telah mencapai 2.2% (YoY) pada bulan Mei lalu.

Kedua-dua bacaan CPI dan CPI Teras telah meningkat 0.2% pada bulan Mei dan dijangka dapat mengekalkan momentum peningkatan pada kadar yang sama bagi bulan Jun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: