Preview News Penting Buat EUR & USD: 11/10/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 11/10/2018

Pada hari Khamis, bermula jam 2.45 petang, para pelabur akan mengikut bacaan akhir inflasi pengguna (CPI) di Perancis dan Sepanyol. Bacaan awal ind

Pengumuman Dasar Kewangan “The Fed” Pada Pagi Ini Menjadi Fokus Utama
Mnuchin VS Navarro: Apakah Strategi ‘Trade War’ Yang Dipilih Oleh Trump?

Pada hari Khamis, bermula jam 2.45 petang, para pelabur akan mengikut bacaan akhir inflasi pengguna (CPI) di Perancis dan Sepanyol.

Bacaan awal indeks CPI Perancis yang dikaji semula naik 0.5%, sementara angka akhir pada bulan September dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) pula diramalkan kekal pada -0.2%.

Data CPI Sepanyol pula dijangka selari dengan laporan awal, kekal pada paras 2.2% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Kemudian pada jam 7.30 petang, fokus pasaran beralih kepada laporan minit mesyuarat ECB yang terkini.

Pada pertemuan bulan September yang lalu, ECB telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.00% , namun Presiden ECB Mario Draghi telah mengejutkan pasaran apabila dilihat lebih hawkish dan optimis ketika mengulas tentang dasar dan ekonomi.

Butiran lanjut mengenai pendapatan, inflasi dan dasar kewangan dimasa hadapan menjadi maklumat-maklumat penting yang akan diteliti pada laporan kali ini.

Pada sesi dagangan NY pula, para pelabur akan mengikuti perkembangan inflasi di peringkat pengguna.

Dengan tumpuan pasaran berlatar belakangkan kadar faedah dan hasil bon, bacaan indeks CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga akan lebih diberi perhatian.

Seperti PPI, tekanan harga di peringkat pengguna juga telah jatuh pada bulan Ogos yang lalu dengan bacaan indeks CPI dan CPI Teras (MoM) susut lebih rendah daripada jangkaan.

Kini pada September, indeks teras dijangka naik 0.2% (MoM) dan meningkat 2.3% dalam tempoh 12 bulan (YoY).

Indeks CPI juga diramalkan meningkat 0.2% pada bulan lepas, dan naik 2.4% (YoY).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: