Preview News Penting Buat EUR & USD: 06/09/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 06/09/2019

Pengeluaran Industri Jerman telah menyusut -1.5% pada bulan Jun yang lalu yang mana merupakan kejatuhan kedua terbesar dalam tempoh tiga bulan. L

Tindakan China Mengenakan Tarif Baru Melemahkan Dolar Serta Meningkatkan Harga Emas.
Perkembangan Sektor Teknologi AS & Trump Fokus Pasaran Hari Ini

Pengeluaran Industri Jerman telah menyusut -1.5% pada bulan Jun yang lalu yang mana merupakan kejatuhan kedua terbesar dalam tempoh tiga bulan.

Laporan output industri yang akan diterbitkan pada jam 2 petang walau bagaimanapun dijangka pulih pada bulan Julai dengan peningkatan 0.4%

Pada jam 5 petang, pasaran akan mengemas kini bacaan kedua pertumbuhan GDP EU Q2 yang mana mengesahkan kelemahan data pertama yang dikeluarkan pada 14 Ogos lalu.

GDP dijangka meningkat lebih perlahan pada kadar 0.2% (QoQ) dan 1.1% (YoY), dibebani oleh kelemahan pertumbuhan ekonomi di Jerman.

Kemudian fokus pelabur beralih kepada laporan pekerjaan AS bagi bulan Ogos yang mana dijangka lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Data NFP yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam dijangka melaporkan penambahan sekitar 160,000 pekerjaan pada bulan lalu sementara kadar pengangguran pula dijangka kekal di paras 3.7%

Kadar pendapatan pula dijangka meningkat 0.3% pada bulan Ogos, namun sedikit menurun dalam unjuran tahun ke tahun sekitar 3.1%

Sebahagian penganalisis melihat kelemahan pada sektor pembuatan, jualan runcit, kebankrapan industri minyak shale dan kelemahan permintaan bagi pemanduan lori jarak jauh dijangka akan memberi tekanan kepada pertumbuhan pekerjaan.

Namun begitu, pertumbuhan gaji yang lebih cepat dikalangan pekerja berpandatan terendah telah memberi impak yang positif kepada perbelanjaan pengguna, sekali gus dilihat mampu menutup kelemahan di atas.

Menjelang keputusan dasar pada 18 September hadapan, Jerome Powell pada jam 12.30 tengahmalam akan menyampaikan ucapanya di Zurich bertajuk “Outlook Ekonomi dan Dasar Kewangan”.

Tajuk tersebut menunjukkan kepentingan acara yang akan berlansung dan Powell berkemungkinan memberi isyarat yang lebih jelas selepas cuba menyeimbangkan pandangan ketika mengulas di Simposium Jackson Hole pada 23 Ogos yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: