Preview News Penting Buat EUR & USD: 05/09/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 05/09/2019

Pemandu utama ekonomi Zon Eropah, Jerman pada jam 2 petang akan menerbitkan angka terkini pesanan kilang bagi bulan Julai. Pada bulan Jun lalu, Je

Ekonomi China Melemah & Huawei Bakal Disekat Daripada Mendapatkan Tender Binaan Jaringan 5G Di AS
Harga Minyak Kekal Di Zon Tertinggi Menjelang Laporan Baker Hughes

Pemandu utama ekonomi Zon Eropah, Jerman pada jam 2 petang akan menerbitkan angka terkini pesanan kilang bagi bulan Julai.

Pada bulan Jun lalu, Jerman berjaya mencatat pesanan paling besar sejak Mei 2018 dengan kadar naik ke paras 2.5%, namun data bervolatiliti tinggi dan tempahan dijangka merosot -1.5% pada bulan Julai.

Kemudian fokus pasaran beralih kepada perkembangan sektor pekerjaan swasta melalui data ADP NFP pada jam 8.15 malam yang mana dijangka melaporkan penambahan sebanyak 148,000 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Ogos.

Bacaan kebiasaannya tidak bergerak selari dengan data rasmi NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat, namun tetap mempunyai impak yang signifikan yang mempengaruhi keputusan dagangan para pelabur.

Pada jam 10 malam, pasaran akan mengemas kini data PMI sektor perkhidmatan (non-manufacturing) hasil tinjauan ISM bagi bulan Ogos yang mana merupakan petunjuk terakhir sebelum laporan pekerjaan AS pada hari Jumaat.

Walaupun aktiviti perkhidmatan bergerak semakin perlahan, namun masih berjaya mengekalkan perkembangan yang stabil dan bacaan indeks dijangka meningkat sekitar 54 mata, menyamai rekod yang dikeluarkan pada Julai 2017 yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: