Preview News Penting Buat EUR & USD: 03/07/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 03/07/2019

Fokus pelabur pada hari Rabu tertumpu kepada barisan data PMI Perkhidmatan yang akan dikeluarkan negara-negara Eropah. Bermula di Sepanyol (3.15 p

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
Komen Barnier Lonjakkan GBP, Masa Untuk ‘Short’ Semula?

Fokus pelabur pada hari Rabu tertumpu kepada barisan data PMI Perkhidmatan yang akan dikeluarkan negara-negara Eropah.

Bermula di Sepanyol (3.15 petang), kemudian diikuti Perancis (3.50 petang), Jerman (3.55 petang) dan Zon Eropah (4 petang).

Berbeza dengan sektor pembuatan, aktiviti perkhidmatan sehingga bulan Jun masih berkembang stabil dengan bacaan indeks kekal di atas 50 mata.

Aktiviti sektor perkhidmatan UK mengejutkan pasaran apabila mengucup pada bulan Mac yang lalu, namun telah beransur pulih dan dijangka mengekalkan perkembangan yang stabil dengan bacaan indeks naik sekitar 51 mata.

Kemudian fokus beralih kepada indikator ekonomi di AS yang dilihat lebih banyak berbanding kebiasaannya menjelang penutupan pasaran AS pada hari Khamis sempena sambutan kemerdekaan.

Bermula dengan laporan ADP NFP bulan Jun pada jam 8.15 malam yang mana dijangka melaporkan penambahan pekerjaan swasta yang tinggi, naik daripada 27,000 kepada 140,000 orang.

Sektor swasta telah mengejutkan pasaran apabila mencatat rekod penambahan pekerjaan paling kecil pada bulan Mei, angka yang tidak pernah dilihat sejak ekonomi mula memulih pada tahun 2010 yang lalu.

Pada jam 8.30 malam, pasaran akan mengemas kini angka tuntutan insurans pengangguran bagi minggu lalu yang dijangka menurun daripada 227,000 kepada 220,00 permohonan.

Kedua-dua data di atas akan dijadikan rujukan menjelang laporan rasmi NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat nanti.

Selain itu, pasaran juga akan mendapatkan bacaan PMI bagi sektor perkhidmatan hasil tinjauan ISM mahupun pihak kerajaan.

Kedua-dua laporan dijangka menunjukkan perkembangan yang positif pada sektor perkhidmatan yang merupakan komponen kritikal kepada ekonomi AS, merangkumi 80% daripada hasil GDP sektor swasta.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: