Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 26/11/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 26/11/2018

UK dan EU telah mencapai kesepakatan terhadap syarat-syarat baru sebelum UK keluar sepenuhnya  daripada kesatuan tahun hadapan. Perjanjian ini akan

4 Sebab Anda Perlu Bertahan Daripada Membeli USD
Pengeluaran Minyak Mentah Bakal Mencatatkan Rekod Tertinggi ?

UK dan EU telah mencapai kesepakatan terhadap syarat-syarat baru sebelum UK keluar sepenuhnya  daripada kesatuan tahun hadapan.

Perjanjian ini akan ditandatangani oleh kesemua negara yang terlibat dan perkara yang menjadi ketidaktentuan adalah pengisytiharan yang akan dibuat berkenaan hubungan kedua-dua buah negara di masa hadapan.

Beberapa topik dibincangkan termasuk status Gibraltar yang membimbangkan Sepanyol. PM UK Theresa May pula akan cuba mendapatkan sokongan di parlimen seawal bulan Disember.

Tajuk-tajuk berita berkenaan keputusan persidangan EU yang telah selesai pada hari Ahad yang lalu dijangka akan membentuk arah pergerakan pada minggu ini terutamanya pound sterling dan euro.

Kemudian pada jam 5 petang, para pelabur akan mendapatkan data sentimen perniagaan Jerman bagi bulan Oktober hasil tinjauan Ifo.

Kaji selidik daripada 7000 peniaga menunjukkan iklim perniagaan Jerman untuk 6 bulan kehadapan pada bulan Oktober dijangka menurun daripada 102.8 kepada 102.3 mata.

Di Eropah bermula pada jam 5 petang sehingga 10 malam, beberapa ahli ECB termasuk Presiden Mario Draghi dijadualkan berucap di dalam acara yang berbeza.

Para pelabur akan mendapatkan maklumat dan isyarat baru berkenaan pendirian bank pusat yang terhadap kedudukan dasar kewangan dan program pembelian bon mereka yang dijangka tamat pada bulan hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: