Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 14/09/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 14/09/2018

Data perdagangan Eropah kembali menjadi fokus pasaran pada hari terakhir dagangan minggu ini. Zon Eropah dijangka terus mengekalkan lebihan dagangan p

Pelan Cukai Trump “Membeli Masa”
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/04-07/04/2017

Data perdagangan Eropah kembali menjadi fokus pasaran pada hari terakhir dagangan minggu ini. Zon Eropah dijangka terus mengekalkan lebihan dagangan pada bulan Julai.

Lebihan dagangan walaubagaimanapun telah mengecil kepada 16.7 billion Euro pada bulan April yang lalu. Namun angka tersebut beransur pulih sejak bulan Jun dan dijangka memaparkan lebihan $18 billion euro pada bulan Julai.

Kemudian, pada jam 6 petang, pelabur akan meneliti kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Gabenor BoE, Mark Carney di Dublin selepas keputusan dasar diumumkan oleh Bank Pusat England semalam.

Pengumuman dasar pada bulan ini tidak disertakan bersama sidang media, oleh itu pasaran akan menggunakan peluang ini bagi menetap pergerakan pound berikutnya menerusi pandangan Carney terhadap inflasi, pertumbuhan serta outlook ekonomi.

Jualan Runcit AS dan Indeks Sentimen Pengguna Michigan menjadi indikator ekonomi terakhir yang akan diteliti oleh pasaran pada minggu ini.

Jumlah jualan meningkat 0.5% manakala jualan teras naik 0.6% pada bulan Julai yang lalu. Jualan dijangka terus meningkat pada bulan Ogos, namun pada kadar yang lebih rendah, 0.4% bagi jualan runcit dan 0.5% bagi jualan teras.

Hasil tinjaun akhir Universiti Michigan menunjukkan sentimen pengguna pada bulan Ogos yang lalu berada di paras 95.3 mata, lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Manakala tinjauan CB pula menunjukkan lonjakan bacaan indeks keyakinan ke paras teretinggi sejak tahun 2000.

Apakah perang perdagangan telah mula memberi impak kepada pengguna Amerika?. Jawapannya boleh didapati menerusi bacaan awal indeks keyakinan pengguna Michigan bagi bulan September yang akan diterbitkan pada jam 10 malam nanti.

Harga yang lebih tinggi berkemungkinan mengurangkan keyakinan pengguna, dan bacaan awal indeks dijangka berada di paras 96.7 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: