Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 14/03/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 14/03/2019

Hasil tinjaun RICS terus menunjukkan peratusan yang besar pada penurunan harga perumahan UK. Pada bulan Januari, harga menurun sebanyak -22%, peny

Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?
Pegerakan Pasaran – Keputusan Monetary BOC Menjadi Tumpuan

Hasil tinjaun RICS terus menunjukkan peratusan yang besar pada penurunan harga perumahan UK.

Pada bulan Januari, harga menurun sebanyak -22%, penyusutan terbesar sejak tahun 2012 dan data yang akan diterbitkan pada jam 8.01 pagi dijangka mengucup -24% bulan Februari, dan angka-angka mengisyaratkan kelemahan pada sektor perumahan UK

Data-data industri China terus menjadi perhatian selepas mereka menurunkan jangkaan pertumbuhan GDP mereka.

Pada jam 10 pagi, para pelabur akan mendapatkan kadar pengeluaran industri China bagi bulan Februari yang dijangka meningkat sekitar 5.5%

Kemudian pada jam 3 petang, pasaran akan mengemas kini bacaan akhir bagi inflasi CPI Jerman bulan Februari.

Inflasi harga pengguna mengucup -0.8% pada bulan Januari yang lalu dan dijangka pulih dengan peningkatan sekitar 0.5% pada bulan Februari.

Di AS, para pelabur akan mendapatkan data indeks harga bagi hasil eksport dan import di bulan Februari yang mana kedua-duanya dijangka pulih daripada penyusutan bulan Januari.

Sektor perumahan AS pula dilihat semakin pulih pada bulan Januari, namun kadar jualan rumah baru dijangka susut sekitar -0.6% dengan jumlah jualan sebanyak 622,000 unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: