Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 13/08/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 13/08/2019

Perkembangan sektor pekerjaan UK akan dikemas kini pada jam 4.30 petang. Sehingga bulan Jun kadar pendapatan dijangka meningkat daripada 3.4% kep

Selamat Tinggal Pound (GBP)?
Preview News Penting Buat GBP & JPY: 20/12/2018

Perkembangan sektor pekerjaan UK akan dikemas kini pada jam 4.30 petang.

Sehingga bulan Jun kadar pendapatan dijangka meningkat daripada 3.4% kepada 3.7% sementara kadar pengangguran dijangka kekal di paras 3.8% tiga bulan berturut-turut.

Tuntutan insurans pengangguran yang menjadi indikator kepada perubahan jumlah pekerjaan di UK mengejutkan pasaran pada bulan Jun apabila permohonan meningkat ke paras tertinggi tahun 2009, dan pada bulan lepas, sebanyak 32,000 permohonan dijangkakan.

Kelembapan pada aktiviti sektor pembuatan Jerman telah menyebabkan pengucupan pada pertumbuhan sehingga menekan keyakinan para peniaga.

Berdasarkan tinjauan ZEW, keyakinan pelabur terhadap outlook ekonomi Jerman semakin merosot sejak bulan Mei dan bacaan indeks bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 5 petang dijangka jatuh daripada -24.5 kepada -27.8 mata.

Kemudian pada jam 8.30 malam, para pelabur akan mendapatkan angka terbaru inflasi pengguna di AS.

Federal Reserve telah menjelaskan bahawa tekanan inflasi pengguna yang lemah menjadi salah satu faktor utama yang mendorong keputusan rate cut pada bulan lalu.

Oleh itu, angka yang lebih rendah daripada jangkaan dapat membentuk jangkaan untuk pemotongan yang lebih agresif di masa hadapan.

Bacaan indeks CPI pada bulan Jun dijangka bergerak lebih cepat berbanding bulan sebelumnya, daripada 0.1% kepada 0.3% (MoM), manakala CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga dijangka memaparkan peningkatan yang lebih kecil, meningkat sekitar 0.2% (MoM).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: