Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 13/03/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 13/03/2019

Pada jam 4.30 petang hari Rabu, para pelabur akan menerima data terkini pengeluaran industri Zon Eropah bagi bulan Januari yang dijangka pulih daripa

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 30 Januari – 03 Febuari 2017
AUD/USD Buka Pasaran Dengan Lonjakan Lebih 50 Pips, Ini Sebabnya!

Pada jam 4.30 petang hari Rabu, para pelabur akan menerima data terkini pengeluaran industri Zon Eropah bagi bulan Januari yang dijangka pulih daripada pengucupan bulan sebelumnya, naik daripada -0.9% kepada 1.0%

Pada hari ini juga akan diterbitkan Laporan Belanjawan Tahunan UK yang akan dibentangkan oleh Chancellor of the Exchequer Phillip Hammond.

Acara yang juga dikenali sebagai ‘Spring Statement’ akan memasukkan unjuran baru terhadap ekonomi dan dengan Brexit yang semakin hampir, sebarang penurunan outlook akan memberi kesan yang buruk kepada pound.

Selain itu, selepas kegagalan May meluluskan perjanjian Brexitnya buat kali kedua, parlimen UK akan mengundi apakah UK akan keluar daripada EU tanpa sebarang ikatan.

Undian no-deal Brexit akan dijalankan seawal jam 3 pagi (Malaysia) dan penganalisi menjangkakan majoriti akan menolak cadangan tersebut, sekali gus membuka peluang kepada perbahasan dan undian bagi menangguhkan tarikh Brexit

Pergerakan yang dramatik akan terlihat ke atas pound pada minggu ini sekiranya parlimen UK mengejutkan pasaran dengan meluluskan peralihan UK tanpa sebarang perjanjian.

Di AS, selepas data inflasi peringkat pengguna yang lebih lemah, para pelabur akan mengemas kini bacaan inflasi pengeluar (PPI) pada bulan Februari dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) yang mana dijangka pulih daripada -0.1% kepada 0.2%

Pada waktu yang sama (8.30 malam), pasaran akan menerima angka pesanan barangan tahan lama bagi bulan Januari yang dijangka susut -0.5% sementara pesanan teras pula stabil dengan peningkatan 0.1%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: