Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 11/07/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 11/07/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 11/07/2019 Data CPI Jerman akan mendahului laporan utama pada jam 2 petang hari Khamis. Penganal

Gagal Untuk Kekal Di Atas $0.7100, Apakah Arah Tuju AUD/USD Selepas Ini?
Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 21/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 11/07/2019

Data CPI Jerman akan mendahului laporan utama pada jam 2 petang hari Khamis.

Penganalisis telah meletakkan jangkaan yang tepat pada angka-angka inflasi Jerman yang lalu.

Pada bulan Mei, inflasi bergerak perlahan pada kadar 0.2%, manakala pada bulan Jun, bacaan awal menunjukkan CPI naik sekitar 0.3%

Data akhir yang akan dikeluarkan pada jam 2 petang akan mengesahkan peningkatan tersebut.

Kemudian, pasaran akan mendapatkan laporan Kestabilan Kewangan BoE pada jam 5.30 petang.

Laporan ini dikeluarkan dua kali setahun dan akan menawarkan lebih banyak butiran daripada pihak bank berkenaan penilaian semasa mereka terhadap ekonomi dan dasar.

Pada jam 7.30 petang, fokus beralih kepada laporan minit mesyuarat dasar ECB pada bulan Jun yang lalu.

Jika ahli ECB kelihatan lebih pesimis dengan keadaan ekonomi Zon Eropah, matawang euro berpotensi ditekan ke paras yang lebih rendah.

Di AS menjelang keterangan Powell di Kongres pada hari yang kedua, para pelabur akan terlebih dahulu mengemas kini angka CPI AS bagi bulan Jun pada jam 8.30 malam.

Bacaan indeks harga pengguna Teras (YoY) telah menyusut ke paras 2.0% pada bulan Mei lalu, meningkatkan jangkaan rate cut Fed pada bulan ini dan bulan Jun juga dijangka mengeluarkan angka yang sama.

Sementara 2% adalah sasaran bank pusat, angka CPI Teras yang merosot akan menambahkan kesekuran ke atas ahli FOMC dalam menentukan outlook inflasi mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: