Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 10/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 10/01/2019

Data Jualan Runcit hasil pemantauan British Retail Consortium (BRC) bagi bulan Disember akan dikeluarkan pada jam 8.01 pagi. Angka ini menjadi indi

Data Dagangan China Beri Gambaran Yang Bercampur Ke Atas Ekonomi Menjelang Rundingan Perdagangan AS-China
Keengganan Trump Melanjutkan Penangguhan Tarif Memungkinkan Perningkatan Permintaan Emas.

Data Jualan Runcit hasil pemantauan British Retail Consortium (BRC) bagi bulan Disember akan dikeluarkan pada jam 8.01 pagi.

Angka ini menjadi indikator kepada perbelanjaan pengguna yang merupakan pemandu utama kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam unjuran tahun ke tahun pada bulan November yang lalu, bacaan susut sekitar -0.5% dan dijangka berterusan sehingga bulan Disember dengan penurunan sekitar -0.3%

Kemudian fokus pasaran beralih kepada minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam.

ECB mengakhiri tahun 2018 dengan menamatkan program QE (Quantitative Easing) meraka seperti yang dijangkakan.

Manakala Presiden ECB Mario Draghi pula lebih berhati-hati ketika mengulas tentang ekonomi dan mengutarakan kebimbangan terhadap dasar protectionism namun tetap mengekalkan jangkaan rate hike pada tahun ini.

Minit bagi pertemuan yang lalu akan memberikan lebih banyak butiran mengenai pandangan dan pendirian ahli ECB terhadap keputusan yang telah diumumkan.

Di AS, para pelabur akan mendapatkan bacaan awal imbangan perdagangan bagi bulan November yang mana defisit dijangka berada sekitar paras -$75.50 billion dollar.

Pada hari Khamis, para pelabur juga akan mengemas kini angka jualan rumah baru bagi bulan November yang dilihat meningkat sekitar 569,000 unit.

Pengerusi Fed Jerome Powell dijadualkan berucap di dalam sebuah acara di Washington DC pada jam 1 pagi (Jumaat).

Beliau berpeluang untuk menjelaskan pendekatan yang akan diambil oleh Fed pada penampilan kali kedua bulan ini.

Apakah Powell akan mengulangi pendekatan bersabar dalam mencapai inflasi yang disasarkan? Apakah yang akan beliau jelaskan tentang dasar QE?

Dua persoalan di atas antara isu-isu utama yang akan diteliti oleh pasaran menjelang meyuarat dasar Fed yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: