Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 09/08/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 09/08/2019

Jerman terus konsisten memaparkan lebihan pada perdagangan. Selepas melaporkan lebihan 18.7 billion EUR pada bulan Mei, jumlah yang hampir sama dijan

Perkembangan USD Menjelang Pertemuan Legasi Trump Di China
Harga Emas Menjunam Hampir $30, Hapuskan Semua Keuntungan Yang Diperoleh Minggu Ini

Jerman terus konsisten memaparkan lebihan pada perdagangan. Selepas melaporkan lebihan 18.7 billion EUR pada bulan Mei, jumlah yang hampir sama dijangkakan pada bulan Jun, sekitar 18.5 billion.

Kemudian, fokus pasaran beralih kepada data-data makro UK bermula dengan laporan GDP pada jam 4.30 petang.

UK mengeluarkan bacaan setiap bulan dan angka tersebut membantu para penganalisis untuk terus mengikuti perubahan pada pertumbuhan ekonomi menjelang laporan rasmi yang dikeluarkan setiap suku tahun.

Selepas menyusut dua bulan berturut-turut, bacaan mulai pulih pada bulan Mei dan dijangka merekodkan peningkatan yang lebih kecil pada bulan Jun sekitar 0.1%

Pada Q1 yang lalu, bacaan terakhir GDP meningkat 0.5%, namun berdasarkan laporan awal yang akan dikeluarkan, pertumbuhan dijangka mendatar pada Q2 tanpa sebarang perubahan.

Pengeluaran sektor pembuatan yang menjadi salah satu rujukan utama kepada aktiviti ekonomi menunjukkan kadar pengeluaran yang tinggi pada bulan Mei.

Akan tetapi, data yang akan diterbitkan pada waktu yang sama ijangka menurun pada bulan Jun ke paras -0.1%

Di AS, Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan bacaan indeks harga pengeluar (PPI) bagi bulan Jun pada jam 8.30 malam.

Data tersebut akan memberi maklumat lanjut kepada para pelabur apakah tekanan inflasi masih lemah atau sebaliknya.

PPI yang menjadi kayu ukur kepada semua kadar inflasi dijangka meningkat 0.2% pada bulan lalu manakala PPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga juga dijangka meningkat pada kadar yang sama.

Pergerakan pada harga pengeluar melemah sejak beberapa bulan yang lalu, menunjukkan tarif ke atas import China belum mampu meransang tekanan inflasi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: