Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 09/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 09/01/2019

Data Imbangan Perdagangan Jerman bagi bulan November merupakan laporan utama yang pertama yang akan diikuti oleh pelabur pada hari Rabu. Angka lebi

Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/02/2019
GBP/USD Di Paras Tertinggi 14 Minggu Yang Lalu, Apakah Berpeluang Membeli Pound?

Data Imbangan Perdagangan Jerman bagi bulan November merupakan laporan utama yang pertama yang akan diikuti oleh pelabur pada hari Rabu.

Angka lebihan dagangan Jerman telah mengecil berbanding setahun yang lalu dan dijangka berada pada paras €17.6 billion pada bulan November.

Di Zon Eropah, selepas mencatat kejatuhan berturut-turut, kadar pengangguran kini mendatar pada paras 8.1% sejak bulan Ogos dan dijangka terus mencatat kadar yang sama pada bulan November.

Di Kanada, pada jam 11 malam akan diumumkan keputusan kadar faedah Bank Pusat Kanada yang terkini.

BoC telah menaikkan kadar faedah pada bulan Oktober lalu. Namun ‘hawkish hike’ tersebut tidak bertahan apabila pendirian BoC pada pertemuan bulan Disember yang lalu mula berbelah bahagi dengan keraguan apakah ekonomi dapat berkembang tanpa meningkatkan tekanan inflasi.

Kemudian, paras pelabur akan mendapatkan ulasan lanjut berkenaan keputusan bank pusat oleh Gabenor BoC Stephen Poloz di dalam sidang media sejam selepas keputusan diumumkan.

Pada jam 11.30 malam, Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney dijadualkan berucap di dalam acara anjuran bank pusat dan kenyataan yang lebih hawkish akan mengukuhkan kedudukan pound.

Di Amerika pula, para pelabur akan mendapatkan minit mesyuarat FOMC yang mana merupakan keputusan terakhir bagi tahun 2018 dan diturunkan unjuran rate hike bagi tahun 2019 kepada dua kali.

Apakah ianya dovish hike? Perkara ini menjadi persoalan, dan butiran lanjut daripada minit mesyuarat akan memberi gambaran yang lebih jelas dengan pendirian ahli FOMC terhadap kenyataan dovish yang dikeluarkan oleh Powell pada minggu lepas.

Powell mengatakan bahawa Fed akan terus mengecilkan penyata imbangan mereka dan pengetatan dasar akan kekal ‘auto-pilot’.

Minit pada pertemuan yang lalu juga akan memberi isyarat berkenaan perkara yang akan dilakukan oleh bank pusat menjelang mesyuarat pada bulan ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: