Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/05/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/05/2019

Data PMI Perkhidmatan UK mendahului laporan utama pada hari ini. Angka yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang dijangka menunjukkan akan berlakuny

EUR, GBP & AUD: Seberapa Dalamkah Tiga Matawang Ini Akan Terbenam?
Pemulihan Dollar Menamatkan Pendakian Lima Hari Berturut-turut EUR/USD

Data PMI Perkhidmatan UK mendahului laporan utama pada hari ini. Angka yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang dijangka menunjukkan akan berlakunya pemulihan pada aktiviti sektor perkhidmatan UK daripada pengucupan lalu.

Bacaan indeks PMI bagi bulan April dijangka meningkat daripada 48.9 kepada 50.4 mata, melepasi paras minimum 50 mata yang mengisyarat perkembangan pada sektor terlibat.

Kemudian pada jam 5 petang, EU akan mengeluarkan bacaan awal kadar inflasi bagi bulan April.

Bulan Mac yang lalu telah mengesahkan kelemahan pada tekanan inflasi apabila indeks harga pengguna teras jatuh ke paras 0.8% manakala CPI susut ke paras 1.4%

Kedua-dua angka ini dijangka pulih pada bulan April dengan masing-masing naik ke paras 1.0% (CPI Teras) dan 1.6% (CPI) dalam unjuran tahun ke tahun.

Bacaan ini akan dijadikan rujukan penting menjelang mesyuarat ECB yang akan datang.

Kecenderungan ECB pada pertemuan lalu dilihat lebih ke arah dovish dan bacaan inflasi kali ini akan menentukan sedalam manakah kecenderungan tersebut.

Di AS, data pekerjaan yang dinantikan oleh pasaran akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

Data pada bulan Mac lalu menunjukkan sektor pekerjaan kembali ke paras yang normal selepas melalui bulan yang meragukan pada bulan Februari.

Ekonomi AS menambah 196,000 pekerjaan namun gaji hanya naik 0.1% (MoM) dan semakin perlahan pada unjuran tahun ke tahun (YoY) ke paras 3.2%

Momentum yang hampir sama dijangka berlaku pada bulan April dimana NFP menunjukkan penambahan 181,000 pekerjaan sementara kadar pertumbuhan pendapatan perjam naik 3.3% (YoY) dan 0.3% (MoM).

Kadar pengangguran pula dijangka kekal pada kedudukan 3.8% untuk tiga bulan berturut-turut.

Selain daripada laporan pekerjaan, bacaan PMI ISM yang kedua pada minggu ini turut menjadi perhatian.

Angka PMI Perkhidmatan (Non-Manufacturing) hasil tinjauan ISM menunjukkan perkembangan yang lebih cepat pada bulan April dengan indeks naik daripada 56.1 kepada 57.2 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: