Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 02/07/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 02/07/2019

Indeks Harga Rumah Seluruh Negara UK memulakan laporan utama pada jam 2 petang. Inflasi perumahan UK melemah pada bulan lalu dengan indikator mene

Mesyuarat ECB & Sidang Media
Pendekatan Trump “Membuli Rakyat Amerika Terlebih Dahulu”, Kata Bekas Ketua PBoC

Indeks Harga Rumah Seluruh Negara UK memulakan laporan utama pada jam 2 petang.

Inflasi perumahan UK melemah pada bulan lalu dengan indikator menerusi Nationwide HPI menurun -0.2%.

Bacaan HPI UK walau bagaimanapun dijangka pulih pada bulan Jun dengan peningkatan 0.2%.

Pada waktu yang sama, para pelabur akan mengemas kini data Jualan Runcit Jerman bagi bulan Mei.

Jualan runcit Jerman pada bulan April mengejutkan pasaran apabila merosot -2.0%, berbanding dengan jangkaan yang melihat peningkatan 0.4%

Aktiviti pengguna di Jerman sekali lagi dijangka memulih lepas dengan kadar jualan diramalkan meningkat 0.5%.

Aktiviti sektor Pembinaan UK pula dilihat akan terus mengucup pada bulan Jun dengan bacaan PMI dijangka kekal berada di bawah 50 mata dua bulan berturut-turut.

Kemudian fokus pasaran beralih kepada ulasan para pegawai FOMC bagi mendapat lebih banyak maklumat tentang pandangan dan isu yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat dasar kewangan Fed bulan ini.

Presiden Fed New York John Williams akan memulakan ucapannya sebagai ahli panel dalam sebuah diskusi bertajuk “Special High Level Event on the Global Economic and Monetary Policy Outlook” di Zurich, Switzerland pada jam 6.35 petang.

Kemudian diikuti Presiden Fed Cleveland Loretta Mester yang akan memberi ucapan mengenai outlook ekonomi serta sesi soal jawab di Pusat Ekonomi dan Kewangan Eropah, London pada jam 11 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: