Preview News Penting Buat EUR & GBP: 14/05/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 14/05/2019

Berlatar belakangkan ketidakstabilan Brexit, pasaran buruh UK tetap berkembang dengan baik. Berdasarkan laporan pekerjaan yang akan diterbitkan pa

Apakah Penamat Lawatan Kontroversi Trump Di Eropah?
Perkembangan USD Menjelang Pertemuan Legasi Trump Di China

Berlatar belakangkan ketidakstabilan Brexit, pasaran buruh UK tetap berkembang dengan baik.

Berdasarkan laporan pekerjaan yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang, kadar pengangguran yang berada di paras 3.9% pada bulan Februari dijangka kekal dengan angka yang sama di bulan Mac.

Pertumbuhan gaji pula telah meningkat 3.5% dalam unjuran tahun ke tahun dan diramalkan sedikit menurun pada bulan Mac ke paras 3.4%

Tuntutan insurans pengangguran pula dijangka lebih rendah berbanding bacaan bulan Februari yang lalu, turun daripada 28,300 kepada 24,200 permohonan.

Walau bagaimanapun, peningkatan pada jumlah tuntutan insurans pengangguran masih belum memberi impak yang jelas ke atas kadar pengangguran.

Pada jam 2 petang di Jerman, bacaan akhir bagi indeks CPI akan mengesahkan berlakunya peningkatan tekanan inflasi kepada 1.0% di April.

Kemudian, sentimen ekonomi hasil tinjauan ZEW Jerman yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang menunjukkan keyakinan para pelabur terhadap outlook ekonomi semakin pulih.

Selepas naik melebihi jangkaan ke paras 3.1 mata pada bulan April yang lalu, momentum yang sama dijangka berterusan sehingga bulan Mei dengan bacaan dijangka meningkat ke paras 5.1 mata.

Manakala hasil tinjauan ZEW di Zon Eropah juga dilihat akan memaparkan pergerakkan yang sama, naik daripada 4.5 kepada 5.0 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: