Preview News Penting Buat EUR & GBP: 07/11/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 07/11/2019

Kadar pengeluaran industri Jerman telah mengejutkan pasaran pada bulan Ogos yang lalu apabila melaporkan peningkatan 0.3% walaupun ahli ekonomi menja

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 10/04/2019
Preview News Penting Buat GBP & USD: 01/11/2018

Kadar pengeluaran industri Jerman telah mengejutkan pasaran pada bulan Ogos yang lalu apabila melaporkan peningkatan 0.3% walaupun ahli ekonomi menjangkakan penyusutan.

Indikator bagi sektor pembuatan ini walau bagaimanapun dijangka kembali merosot pada bulan September dengan bacaan sekitar -0.4%

Indeks inflasi perumahan UK pada bulan September jatuh -0.4%, mencatat penyusutan tiga daripada empat bacaan dan berdasarkan data yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang, inflasi dijangka pulih pada bulan Oktober dengan peningkatan sekitar 0.1%.

Kemudian pada jam 8 malam, keputusan yang dinanti-nantikan oleh pasaran pada minggu ini iaitu pengumuman dasar kewangan terkini bank pusat England.

BoE dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% dan program QE atau pembelian bon bernilai $435 billions pound.

Ahli MPC sebulat suara mengekalkan dasar diatas pada pertemuan yang lalu dan dijangka mengulangi corak undian yang sama pada mesyuarat hari ini.

Oleh itu, fokus pelabur pada malam ini lebih tertumpu kepada laporan inflasi suku tahunan BoE yang akan memberi lebih banyak maklumat mengenai outlook pertumbuhan dan tekanan inflasi dimasa hadapan, sekali memicu pergerakan pound.

Sementara bank pusat masih menantikan laluan sebenar bagi isu Brexit, usaha terbaru daripada PM UK bersama EU sekurang-kurangnya telah membuka peluang kepada BoE untuk bersikap lebih hawkish.

Gabenor BoE Mark Carney akan menyampaikan ucapan beliau yang terakhir sebagai ketua bank pusat pada sidang media malam ini dan identiti pengganti beliau masih tidak diketahui.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: