Preview News Penting Buat EUR & CAD: 08/02/2019

Preview News Penting Buat EUR & CAD: 08/02/2019

Bermula jam 3 petang hari Jumaat, Jerman akan mengeluarkan data imbangan perdagangan mereka bagi bulan Disember. Hasil eksport menjadi faktor mema

Emas Melemah Bersama Pemulihan Dollar AS
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 13/03-17/03/2017

Bermula jam 3 petang hari Jumaat, Jerman akan mengeluarkan data imbangan perdagangan mereka bagi bulan Disember.

Hasil eksport menjadi faktor memacu lebihan perdagangan di zon Eropah sehingga mengekalkan pembelian dan permintaan matawang euro.

Namun begitu, eksport semakin merosot terutamanya daripada China dan penurunan kecil dijangka berlaku di bulan Disember daripada €19.0 billion kepada €18.1 billion.

Pada jam 3.45 petang, para pelabur akan mengemas kini keadaan sektor pekerjaan di Perancis dan menerusi data awal NFP Perancis dijangka menunjukkan pertambahan 0.1% pekerjaan pada suku tahun keempat (Q4) 2018.

Kemudian pada jam 9.15 malam, fokus pasaran beralih kepada data ‘Housing Start’ Kanada.

Indikator pembinaan rumah baru ini telah merekodkan peningkatan di atas 200 ribu empat bulan berturut-turut dan dijangka meningkat sebanyak 205,000 unit pada bulan Januari.

Para pelabur juga akan mengikuti perkembangan terkini bagi sektor pekerjaan di Kanada yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam.

Data pekerjaan yang dikeluarkan seminggu selepas laporan NFP AS memberi peluang kepada USD/CAD untuk bergerak semata-mata berdasarkan laporan ini.

Jika angka yang diterbitkan lebih baik daripada jangkaan akan meningkatkan permintaan loonie.

Kanada mengakhiri tahun 2018 dengan peningkatan sederhana pada pekerjaan, merekodkan penambahan sekitar 9,300 pekerjaan selepas melonjak tinggi pada bulan Oktober sebanyak 94,100 pekerjaan.

Di bulan Januari, sekitar 8,000 pekerjaan dijangka akan ditambah ke dalam ekonomi sementara kadar pengangguran pula naik daripada 5.6% kepada 5.7%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: