Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 16/05/2019

Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 16/05/2019

Pasaran akan mengikuti perkembangan sektor pekerjaan di Australia pada jam 9.30 pagi hari Khamis yang dilihat masih berkembang cepat walaupun aktivit

Brent Dijangka Melonjak Ke Paras $100 Setong Menjelang Sekatan Keatas Iran
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/09-14/09/2018

Pasaran akan mengikuti perkembangan sektor pekerjaan di Australia pada jam 9.30 pagi hari Khamis yang dilihat masih berkembang cepat walaupun aktiviti sektor yang lain bergerak perlahan.

Selepas mencatat penambahan 25,700 pekerjaan pada bulan Mac, peningkatan sebanyak 15,200 pekerjaan dijangkakan pada bulan April dengan kadar pengangguran kekal di paras terendah 5%.

Zon Eropah pula akan menerbitkan data imbangan perdagangan mereka bagi bulan Mac pada jam 5 petang.

Lebihan dagangan EU telah berkembang empat bulan berturut-turut sehingga naik kepada $17.9 billion EUR pada bulan Februari yang lalu dan dijangka meningkat kepada $19.9 billion EUR pada bulan Mac.

Kalendar ekonomi Amerika pula akan disibukkan dengan angka daripada sektor perumahan dan pembuatan.

Rumah yang baru dibina (Housing starts) dijangka meningkat 6.2% pada bulan lalu dengan kadar tahunan sebanyak 1.205 juta unit.

Kelulusan permit perumahan yang dijadikan sebagai indikator kepada permintaan di masa hadapan dijangka naik ke paras 0.5% pada bulan April dengan jumlah tahunan meningkat sebanyak 1.290 juta unit.

Pada waktu yang sama, Fed Philadelphia pada hari ini akan mengeluarkan bacaan indeks bagi aktiviti pembuatan mereka yang dijangka naik kepada 10 mata.

Angka mingguan tuntutan insurans pengangguran pula dijangka sedikit menurun pada minggu lalu daripada 228,000 kepada 220,000 permohonan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: