Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 12/04/2019

Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 12/04/2019

Bermula jam 9.30 pagi, Rizab Bank Australia akan mengeluarkan laporan kestabilan kewangan. Laporan ini diterbitkan dua kali setahun dan selain daripa

EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018
Emas Tenggelam Ke Paras Terendah 5 Bulan Lalu

Bermula jam 9.30 pagi, Rizab Bank Australia akan mengeluarkan laporan kestabilan kewangan. Laporan ini diterbitkan dua kali setahun dan selain daripada tinjauan tentang kestabilan, terbitan ini turut menyediakan angka-angka ekonomi yang mungkin akan memberi petunjuk kepada dasar kewangan.

Kemudian pada jam 5 petang, Zon Eropah akan menerbitkan laporan bagi kadar pengeluaran industri di Februari.

Selepas mencatat peningkatan yang kukuh sekitar 1.4% pada bulan Januari, pasaran bakal berhadapan kemerosotan di bulan Februari penurunan sekitar -0.5%.

Pada jam 8.30 malam, fokus pelabur beralih kepada bacaan indeks harga import dan ekport AS bagi bulan Mac di mana kedua-dua harga dijangka menurun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Hari Jumaat juga akan diterbitkan hasil tinjauan awal Universiti Michigan terhadap sentimen pengguna AS bagi bulan April.

Angka yang menjadi indikator kepada perbelanjaan ini stabil di bulan Mac pada paras 98.4 mata dan bacaan awal bulan April dijangka menunjukkan data yang hampir sama sekitar 98.1 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: