Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 05/12/2019

Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 05/12/2019

Biro Statistik Australia pada jam 8.30 pagi hari Khamis akan menerbitkan bacaan terkini bagi data jualan runcit yang menjadi indikator utama kepada p

Harga Minyak Mentah Merosot, Isu Amerika Dan Iran Terus Menjadi Perhatian.
Preview News Penting Untuk USD/CAD: 25/10/2017

Biro Statistik Australia pada jam 8.30 pagi hari Khamis akan menerbitkan bacaan terkini bagi data jualan runcit yang menjadi indikator utama kepada perbelanjaan pengguna.

Selepas mencatat peningkatan dua bulan berturut-turut, aktiviti perbelanjaan diperingkat pengguna dijangka terus berkembang dengan stabil memasuki bulan Oktober dengan kadar jualan meningkat sekitar 0.3%

Pada waktu yang sama, pasaran akan mendapatkan angka terkini bagi imbangan perdagangan Australia yang mana lebihan dagangan telah melebar melebih jangkaan pada bulan September yang lalu.

Kini sektor perdagangan dijangka memaparkan lebihan sekitar $6.1 billion AUD pada bulan Oktober.

Pada jam 3 petang, Jerman akan mengeluarkan data pesanan kilang bagi bulan Oktober yang mana dijangka meningkat sekitar paras 0.3%.

Kemudian, bacaan ketiga GDP EU pada jam 6 petang akan mengesahkan peningkatan kecil pada suku tahun ketiga sekitar 0.2%, menunjukkan kelemahan yang menyelubungi aktiviti ekonomi Zon Eropah.

AS juga akan menerbitkan laporan imbangan perdagangan mereka bagi bulan Oktober pada jam 9.30 malam di mana defisit dijangka mengecil kepada -$48.7 billion USD.

Kadar pesanan kilang AS pada bulan Oktober pula dijangka meningkat sebanyak 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan, mengisyaratkan pemulihan pada aktivit sektor pembuatan dan permintaan mesin jentera.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: