Preview News Penting Buat AUD & USD: 26/04/2019

Preview News Penting Buat AUD & USD: 26/04/2019

Di Australia, pasaran akan mendapatkan baacan indeks harga pengeluar bagi suku tahun pertama (Q1) pada jam 9.30 pagi. Angka ini kebiasaannya membe

Kejatuhan Ringgit Sudah Berlebihan Atau Hanya Permulaan?
Perjanjian NAFTA Penentu Kepada Tempoh Penyelesaian Konflik China & AS

Di Australia, pasaran akan mendapatkan baacan indeks harga pengeluar bagi suku tahun pertama (Q1) pada jam 9.30 pagi.

Angka ini kebiasaannya memberi kesan yang signifikan kepada permintaan Aussie (AUD) dan inflasi harga pengeluar bergerak lebih perlahan berbanding jangkaan pada Q4 dan dijangka menurun ke paras 0.4% pada Q1.

Di AS dalam keadaan tumpuan berpaksi kepada laporan pendapatan, bacaan awal pertumbuhan GDP Q1 pada jam 8.30 malam tetap menarik perhatian.

Ahli ekonomi menjangkakan GDP meningkat 2% dalam unjuran tahun ke tahun sepanjang tiga bulan pertama.

Bacaan tersebut lebih rendah berbanding pertumbuhan pada Q4 yang lalu, namun menunjukkan momentum yang berlaku akibat penutupan kerajaan pada awal tahun yang lepas.

Pada jam 10 malam, para pelabur akan mendapatkan indeks sentimen pengguna bagi bulan April hasil tinjaun Universiti Michigan.

Pengguna dijangka kekal optimis dengan ekonomi domestik dengan bacaan indeks dijangka menaik daripada 96.9 kepada 97.1 mata

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: