Preview News Penting Buat AUD & USD: 11/09/2019

Preview News Penting Buat AUD & USD: 11/09/2019

Westpact Bank pada jam 8.30 pagi hari Rabu akan menerbitkan hasil tinjaun sentimen pengguna Australia bagi bulan September yang mana telah meningkat

Dollar AS Masih Positif Selepas Keluarnya Data Payroll Pada Minggu Lalu
Preview News Penting Buat EUR & USD: 04/04/2018

Westpact Bank pada jam 8.30 pagi hari Rabu akan menerbitkan hasil tinjaun sentimen pengguna Australia bagi bulan September yang mana telah meningkat ke paras 3.6% pada bulan Ogos yang lalu.

Kemudian, fokus para pelabur tertumpu kepada perkembangan pasaran minyak menerusi laporan bulanan OPEC yang akan dikeluarkan pada jam 7 petang dan juga data bekalan mingguan rasmi terkini oleh EIA pada jam 10.30 malam.

Pasaran pada hari Selasa yang lalu telah dikejutkan oleh laporan Institut Petroleum Amerika yang memaparkan penyusutan bekalan minyak yang mendadak pada minggu lalu sekitar 7.2 juta tong.

EIA juga dijangka melaporkan penurunan pada angka bekalan sekitar 2.6 juta tong, sekali gus bakal mencatat penyusutan selama empat minggu berturut-turut.

Pada jam 8.30 malam, Jabatan Buruh AS akan menerbitkan indeks harga pengeluar (PPI) yang menjadi indikator utama dalam mengukur harga input kepada barangan yang dijual diperingkat runcit.

Secara purata, ahli ekonomi menjangkakan peningkatan indeks PPI yang lebih rendah pada bulan Ogos, naik sekitar 0.1% sementara bacaan PPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga meningkat sebanyak 0.2%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: