Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 15/08/2018

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 15/08/2018

1) Sentimen Pengguna Westpac & Indeks Pendapatan Australia Hasil tinjauan 1,200 pengguna Australia oleh Westpac, kadar keyakinan telah meningka

Ketidaktentuan Brexit Kembali Menghimpit, Apakah May Akan Menangguhkan Tarikh Undian?
PBOC Campur Tangan Selepas Pinjaman Diantara Bank Dihadkan

1) Sentimen Pengguna Westpac & Indeks Pendapatan Australia

Hasil tinjauan 1,200 pengguna Australia oleh Westpac, kadar keyakinan telah meningkat 3.9% pada bulan Julai yang lalu dan angka yang sama dijangka kekal pada bulan Ogos.

Indeks Pertumbuhan Pendapatan Australia pada suku tahun kedua yang mengukur perubahan gaji tidak termasuk bonus, dibayar oleh peniaga dan kerajaan dijangka meningkat 0.6%, lebih tinggi berbanding bacaan 0.5% pada suku tahun pertama yang lalu.

2) Laporan Inflasi UK

Indeks Harga Pengguna (CPI) UK dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) telah meningkat 2.4% pada bulan Jun yang lalu, lebih rendah berbanding ramalan.

Kadar ini dijangka meningkat ke paras 2.5% pada bulan Julai. Namun jika angka inflasi yang diterbitkan lebih rendah, situasi ini akan melemahkan optimis ahli MPC Bank Pusat England (BoE) untuk mengetatkan dasar lebih beransur-ansur di masa hadapan.

3) Jualan Runcit AS

Aktiviti pengguna adalah kunci kepada ekonomi AS. Jualan runcit pada bulan Jun lalu meningkat 0.5% dan dijangka naik 0.2% pada bulan Julai.

Jualan Runcit Teras yang mengecualikan jualan automotif pula meningkat 0.4% pada bulan Jun yang lalu dan dijangka kekal mendatar dengan kadar yang sama pada bulan Julai.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: