Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 11/01/2019

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 11/01/2019

Data jualan runcit Australia bagi bulan November yang dilihat sebagai 'market-mover' akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi. Kadar jualan telah mening

Perkembangan Ekonomi Zon Eropah Jadi Tumpuan: 27/03/2018
EUR/USD Kekal Negatif Tiga Hari Berturut-turut

Data jualan runcit Australia bagi bulan November yang dilihat sebagai ‘market-mover’ akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi.

Kadar jualan telah meningkat ke paras 0.3% pada bulan Oktober lalu dan dijangka kekal pada kadar yang sama di bulan November.

Kemudian di UK, beberapa barisan data makro yang penting akan dikeluarkan bermula dengan laporan GDP bulanan yang juga dilihat sebagai data penggerak kepada pasaran.

Kadar pertumbuhan mula meningkat 0.1% pada bulan November dan bulan Disember dijangka mengekalkan peningkatan yang sama.

Pada waktu yang sama akan diterbitkan data pengeluaran industri dan pengeluaran pembuatan bagi bulan November yang mana kedua-duanya dijangka pulih daripada bacaan yang negatif.

Kadar pengeluaran industri dijangka naik daripada -0.6% kepada 0.3%, manakala output pembuatan pula naik daripada -0.9% kepada 0.4%

Defisit imbangan perdagangan di UK pada bulan Oktober mengembang ke paras tertinggi empat bulan lalu sekitar £11.9 billion, dan pada bulan November defisit dijangka berada di paras £11.40 billion.

Di AS, para pelabur akan mengemas kini bacaan infalsi harga pengguna (CPI) bagi bulan Disember yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam.

CPI pada bulan November lalu mendatar kerana kejatuhan harga minyak dan kadar dijangka jatuh pada bulan Disember sekitar -0.1%

CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga pula dijangka kekal dengan peningkatan 0.2% (MoM) dan 2.2% (YoY).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: