Preview News Penting Buat AUD, EUR, USD & CAD: 08/11/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR, USD & CAD: 08/11/2019

Para pelabur pada hari Jumaat akan mencari lebih banyak isyarat mengenai outlook dasar kewangan RBA melalui laporan suku tahunan yang akan diterbitka

Preview News Penting Buat EUR, AUD & USD: 31/07/2019
Dollar Dijangka Mengukuh Dengan ‘Hawkish Cut’ Fed Malam Ini

Para pelabur pada hari Jumaat akan mencari lebih banyak isyarat mengenai outlook dasar kewangan RBA melalui laporan suku tahunan yang akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi.

Laporan di atas akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh terhadap ekonomi berbanding kenyataan yang dikeluarkan selepas mengumumkan keputusan dasar yang terbaru

Sebarang isyarat tentang perubahan kadar faedah akan memberi impak langsung kepada pergerakan matawang Aussie.

Kemudian pada jam 3 petang, fokus beralih kepada data imbangan perdagangan Jerman yang telah jatuh daripada 20.2 billion EUR kepada 18.1 billion EUR pada bulan Ogos, dan dijangka kekal dengan jumlah lebihan yang sama pada bulan September.

Pada jam 9.30 malam, para pelabur akan mengemas kini laporan pekerjaan di Kanada yang diterbitkan sebulan selepas AS menerbitkan data mereka, sekali gus berpotensi menggerakkan pasangan matawang USD/CAD secara bersendirian.

Kanada telah melaporkan penambahan pekerjaan yang jauh lebih baik pada bulan September sementara kadar pengangguran pula menyusut ke paras 5.5%.

Ahli ekonomi menjangkakan peningkatan jumlah pekerjaan yang lebih sederhana pada bulan Oktober sekitar 15,900 orang.

Di AS, Universiti Michigan akan menerbitkan bacaan awal bagi indeks keyakinan pengguna bulan November pada jam 11 malam.

Data yang menjadi indikator kepada angka jualan runcit ini telah memulih daripada paras terendah kepada 95.5 mata pada bulan Oktober, dan dijangka terus mara ke paras 95.9 mata pada bulan November.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: