Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 21/01/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 21/01/2019

China sebagai pemilik ekonomi kedua terbesar di dunia telah mula merasa bahang daripada perang perdagangan bersama AS sehingga mengakibatkan kelembap

Khalid al-Falih: Arab Saudi Tidak Mahu Bersendirian Memotong Pengeluaran Minyak
GBP/USD Bertemu Tekanan Penjualan Yang Agresif, Ketepikan Laporan PMI Pembuatan Yang Positif

China sebagai pemilik ekonomi kedua terbesar di dunia telah mula merasa bahang daripada perang perdagangan bersama AS sehingga mengakibatkan kelembapan.

Sejauh manakah kesan tersebut ke atas ekonomi?

Data pengeluaran industri dan inflasi yang dikeluarkan bersama-sama angka pertumbuhan GDP Q4 pada hari ini akan memberi isyarat awal terhadap keadaan tersebut.

Selepas melaporkan peningkatan dalam unjuran tahun ke tahun pada suku tahun ketiga (Q3) yang lalu di paras 6.5%, sedikit penurunan dijangka berlaku pada Q4 sekitar 6.4%.

Sebarang perubahan yang melebihi atau kurang daripada jangkaan akan memberi kesan langsung kepada pergerakan Aussie (AUD) yang menjadi rakan dagangan terbesar China.

Kemudian pada jam 3 petang, Jerman akan menerbitkan data PPI bagi bulan Disember. Harga pengeluar akan menjadi ukuran kepada jangkaan harga pengguna.

Selepas meningkat dengan kadar paling lemah sejak Mac pada bulan November, kelembapan aktiviti ekonomi mula memberi kesan kepada harga di bulan Disember dengan jangkaan kadar menyusut buat kali kedua bagi tahun 2018 sekitar -0.2%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: